INSPIRASI, KESIHATAN

Memakai bedak talkum sebagai pencuci wanita sejak kecil menyebabkan wanita ini menghidap kanser ovari

Memakai bedak talkum sebagai pencuci wanita sejak kecil menyebabkan wanita ini menghidap kanser ovari

Syarikat Johnson & Johnson sekali lagi berhadapan dengan isu panas apabila diperintahkan oleh pihak mahkamah untuk membayar sejumlah RM1,780 juta apabila seorang wanita mendakwa menghidap kanser ovari setelah menggunakan bedak bayi Johnson sebagai pencuci wanita.

Eva Echeverria, 63 tahun telah memenangi tuntutan mahkamah yang terbesar terhadap sebuah syarikat besar yang mengeluarkan produk berasaskan bedak talkum.

Eva mengeluarkan tuntutan bahawa kandungan talkum yang digunakannya semenjak berusia 11 tahun menjadi punca kepada kanser wanita paling berbahaya tersebut.

Kredit: CBS L

Pihak juri akhirnya mencapai kata sepakat setelah sebulan kes ini dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Los Angeles.

Syarikat Johnson & Johnson diperintahkan untuk melangsaikan tuntutan atas kesan penggunaan produk tersebut terhadap kesihatan Eva.

Kredit: CBS Los Angeles/YouTube

Tuntutan tersebut dibuat setelah mendapati syarikat berkenaan tidak mengeluarkan sebarang amaran kepada pengguna mengenai risiko kanser akibat penggunaan bedak talkum tersebut terutamanya jika ia digunakan pada kawasan sulit wanita.

Peguam yang mewakili Eva iaitu Mark Robinson berkata, “Kami bersyukur dengan penilaian pihak juri mengenai kes ini. Akhirnya Eva Echeverria boleh menikmati harinya di dalam mahkamah”.

Kredit: Mike Mozart/Flickr

Sebelum ini, berlaku satu insiden sama membabitkan Jacqueline Fox dari Birmingham, Alabama yang meninggal dunia akibat kanser ovari setelah berdekad-dekad menggunakan produk yang sama. Keluarganya telah menerima sejumlah wang bernilai RM42,685 sebagai bayaran pampasan dan tambahan RM265 sebagai denda.

Menurut kenyataan Johnson & Johnson, “Kami akan merayu keputusan ini kerana produk kami adalah berlandaskan kepada penyelidikan sains yang menyokong kepada keselamatan produk bedak bayi Johnson”.

Bedak talkum mengandungi talkum iaitu sejenis mineral lembut yang diasaskan daripada tiga elemen iaitu silikon, magnesium dan juga oksigen.

Kredit: Mike Mozart/Flickr

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Kanser Amerika, bedak talkum boleh menyerap kelembapan dan membantu mengurangkan kesan melecet. Namun, talkum dalam bentuk semulajadinya mengandungi asbestos dan bahan inilah yang dikatakan mempunyai perkaitan dengan kanser.

Tambahan pula, kajian mendapati bedak talkum mungkin boleh menyebabkan kanser ovari jika bahan-bahan ini melalui faraj, rahim dan ke ovari.

Dalam erti kata lain, jika bahan ini disapu pada kawasan sulit, risiko untuk menyebabkan kanser ovari akan meningkat.

Sumber: Elite Readers

Kategori:INSPIRASI KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...