INSPIRASI, KESIHATAN

Akibat minum air soda sekurang-kurangnya enam tin setiap hari tanpa gagal, lelaki berusia 58 tahun ini menanggung penderitaan dan penyesalan

Akibat minum air soda sekurang-kurangnya enam tin setiap hari tanpa gagal, lelaki berusia 58 tahun ini menanggung penderitaan dan penyesalan

Menurut akhbar China Press, lelaki berusia 58 tahun yang berasal dari Singapura ini telah minum air soda sekurang-kurangnya enam tin setiap hari tanpa gagal sejak berumur dua belas tahun. Lim yang juga merupakan bekas chef kini menanggung akibat daripada tabiat buruknya itu.

Lim mula bekerja sebagai chef di sebuah restoran sejak berusia 12 tahun selepas dia meninggalkan bangku sekolah. Disebabkan suhu panas di dapur, Lim lebih gemar minum air soda daripada minum air kosong untuk menghilangkan dahaganya. Dikatakan sekurang-kurangnya Lim akan minum enam buah tin air soda dalam masa sehari.

Keadaan dapur yang panas menyebabkan Lim lebih gemar minum air soda daripada minum air kosong.

Sumber: pegipegi 

Walaupun ibu dan isterinya sama-sama turut menghidapi penyakit kencing manis, keadaan mereka seolah-olah tidak memberi peringatan kepada Lim supaya berwaspada ketika mengambil makanan manis.

Dia juga gemar minum air soda bersama kawan-kawannya ketika keluar minum pada waktu malam. Tabiat buruk itu telah menjadi sebati dalam dirinya sejak bertahun-tahun dahulu.

Kredit: pixabay

Ketika menjalani pemeriksaan kesihatan untuk kelayakan diri dalam perkhidmatan negara, Lim dikejutkan dengan berita daripada doktor bahawa dia menghidapi diabetes. Begitu sukar untuk Lim menerima kenyataan tersebut kerana ketika itu dia baru sahaja berusia 21 tahun.

Tanpa mengendahkan laporan kesihatan itu Lim bertindak membuang ubat yang diberikan oleh doktor tersebut. Baginya penyakit kencing manis hanya terjadi kepada orang tua sahaja.

Selepas 19 tahun, ketika dia berseorangan di rumah pada suatu hari, Lim berasa pening dan muntah sebelum keluar dari tandas. Mujurlah pada waktu itu adiknya pulang ke rumah lebih awal daripada biasa dan bergegas membawa Lim ke hospital.

Selepas diperiksa oleh doktor, mereka terkejut menerima laporan kesihatan yang menunjukan paras gula dalam darah Lim lebih tinggi daripada orang biasa sebanyak tiga kali ganda! Kesannya, buah pinggangnya hampir tidak berfungsi dan menyebabkan penyakit lain.

“Diabetes adalah pembunuh senyap. Pada mulanya ia seolah-olah tidak menampakkan apa-apa kesan tetapi secara perlahan-lahan ia merosakan penglihatan mata dan anggota badan yang lain,” kata Lim.

Lim mula menjalani dialisis ketika berusia 40 tahun dan terpaksa mencuci buah pinggang sebanyak tiga kali seminggu. Lantaran daripada itu, kaki kirinya terpaksa dipotong pada usia 43 tahun kerana tulangnya telah rapuh.

Lim menyesal kerana tidak menjaga kesihatan dengan baik sejak berusia muda lagi.

Kredit: China Press

“Sejak satu kaki saya dipotong, tidak ada apa yang boleh saya lakukan. Saya terpaksa berhenti kerja dan bergantung sepenuhnya kepada kakak saya. Jika saya tahu perkara ini akan berlaku, pasti saya akan menjaga kesihatan saya dengan baik,” kata Lim dengan nada penuh penyesalan.

Memang benar tiada apa yang dapat menandingi betapa sedapnya sebuah air tin soda yang sejuk lebih-lebih lagi jika diminum ketika cuaca panas. Namun, kandungan gula yang terdapat di dalam minuman tersebut boleh mendatangkan kesan buruk jika ia diambil dalam jangka masa yang lama.

Ayuh semua! Jauhi tabiat buruk minum air soda dengan kerap demi menjaga kesihatan pada masa akan datang.

Perbandingan kandungan gula dalam setiap minuman. Beringatlah sebelum anda minum minuman tersebut.

Kredit: baltimorefishbowl

Era Baru

Kategori:INSPIRASI KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...