GAYA HIDUP, INSPIRASI

Dilahirkan dengan kecacatan otak, mempunyai ibu bapa yang kejam, pengakhiran hidup lelaki ini benar-benar membuatkan anda terpana

Dilahirkan dengan kecacatan otak, mempunyai ibu bapa yang kejam, pengakhiran hidup lelaki ini benar-benar membuatkan anda terpana

Hidup ini ibarat roda. Kadang kita di atas dan kadang kita akan berada di bawah sebelum naik ke atas semula. Apabila berhadapan dengan kesukaran hidup, dunia ini kelihatan sungguh kejam tetapi segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Apa yang kita tidak ketahui, terdapat ramai lagi insan lain di dunia ini yang mungkin menghadapi kesukaran hidup yang lebih memeritkan berbanding dengan apa yang kita lalui.

Selagi kita tidak mengalah dan berazam untuk terus melalui hari-hari yang mendatang, segalanya pasti akan baik-baik sahaja.

Misalnya peristiwa perit yang berlaku ke atas seorang lelaki dari Singapura yang berusia 38 tahun, Wesley Wee. Sejak dilahirkan, Wesley disahkan mengalami masalah kecacatan otak yang menyebabkan gangguan pada keupayaan pergerakan, keseimbangan, postur badan dan sebagainya.

Dia tidak boleh bergerak dan hanya terperangkap di atas sebuah kerusi roda untuk sepanjang hidupnya. Dalam erti kata lain, Wesley tidak mampu melakukan sebarang perkara dan perlu bergantung sepenuhnya pada orang lain.

Semasa Wesley masih kecil, dia mampu untuk berjalan walaupun pergerakannya agak tidak teratur selain sentiasa terketar-ketar dan kelihatan tidak stabil. Perkara ini membuatkan Wesley sentiasa ditertawakan dan yang paling menyedihkan, ahli keluarganya terutama ibu bapa langsung tidak memberikan sebarang kata-kata semangat kepada anaknya itu.

Penyakit Wesley dianggap sebagai satu perkara malang buat kedua ibu bapanya. Bapanya merupakan seorang pegawai tentera laut dan memiliki personaliti yang garang serta agak sombong. Dia sentiasa memaksa Wesley untuk berjalan seperti manusia normal dengan bantuan tongkat sehingga anaknya itu keletihan.

Malah, bapa Wesley yang pemarah akan menyeret Wesley hingga ke dalam tandas dan merendamkan kepalanya di dalam air jika Wesley tidak mampu untuk berjalan dengan baik.

Wesley yang sering dipukul dan dimaki dengan kata-kata kesat sentiasa bersedih atas nasib yang menimpanya semasa kecil. Ibunya juga sama seperti bapanya yang tidak begitu menerima Wesley di dalam hidup mereka.

Satu-satunya insan yang sentiasa menyayangi Wesley adalah neneknya. Neneknya merupakan individu yang bertanggungjawab dan sanggup menjaga Wesley selain menghantar Wesley ke sekolah khas yang khusus untuk golongan yang mengalami kecacatan otak sepertinya.

Namun, detik itu tidak berpanjangan apabila bapanya memutuskan untuk membawa Wesley pulang semula ke rumah dan tinggal bersama ibu bapanya.

Kecewa dengan keadaan anaknya, ibu dan bapa Wesley sentiasa berusaha untuk membawa Wesley menikmati kehidupan normal. Mereka memaksa Wesley untuk menjalani pembedahan walaupun ianya boleh memberi kesan negatif dan menyebabkan Wesley kehilangan keupayaan untuk berjalan.

Memandangkan situasi dan keadaan Wesley menjadi lebih teruk dari sebelumnya, ibu bapanya menjadi semakin kejam terhadap anak mereka.

Wesley turut menyatakan bahawa dia hampir membunuh diri sebanyak empat kali kerana tidak sanggup dengan layanan buruk yang diberikan terhadapnya.

Akan tetapi, Wesley merupakan seorang yang positif dan memutuskan untuk mengubah cara pemikiran dan pendiriannya. Dia memberikan galakan kepada dirinya untuk meneruskan kehidupan.

Jadi, Wesley mula dengan menjual tisu sebagai salah satu sumber pendapatan. Malah, Wesley juga kini sudah pun berkahwin selama lima tahun dengan seorang wanita Filipina yang sangat jelita setelah berkenalan menerusi laman sosial.

Semenjak itu, kehidupan Wesley menjadi semakin baik dan membuatkan dia mahu menulis sebuah biografi mengenai kisah hidupnya. Dia bertekad untuk kongsikan kisahnya dengan orang lain sekali gus memberikan galakan kepada mereka yang sentiasa berasa kecewa dengan hidup masing-masing.

Setelah lima tahun bertungkus lumus, bukunya yang bertajuk “Finding Happiness Against the Odds” berjaya diterbitkan.

Menurut Wesley, “Saya berharap agar saya dapat menggalakkan semua individu yang mengalami kepayahan dan juga ahli keluarga mereka supaya tidak sesekali putus harapan. Jika saya sudah tidak lagi berharap akan sinar kehidupan, saya pasti sudah tidak ada lagi di dunia ini!”

Kisah Wesley sejak kecil yang diibaratkan seperti neraka ini pastinya menyentuh hati semua orang.

Namun, keazaman dan ketabahannya dalam menempuhi dugaan hidup ini benar-benar membuatkan kita harus berbangga dengannya. Kita hanya perlu kekal positif dan lihat hidup ini dari pelbagai perspektif yang berbeza. Pasti, kecantikan hidup itu akan datang dengan sendiri.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...