GAYA HIDUP, Idea Gajet, VIDEO

[Video] 10 langkah membaiki sendiri masalah paparan skrin pada Smart TAG, mudah dengan menggunakan pensel 2B!

[Video] 10 langkah membaiki sendiri masalah paparan skrin pada Smart TAG, mudah dengan menggunakan pensel 2B!

Semua sudah sedia maklum penggunaan Smart TAG sering menimbulkan masalah kepada penggunanya. Samada menggunakannya di tol lebuhraya mahupun dengan membaca pada skrin Smart TAG.

Sering terjadi apabila kita mahu memeriksa baki kredit pada skrin, nombor yang terpapar di skrin Smart TAG dilihat tidak jelas dan pelik.

Dan apabila sampai ke tol yang sepatutnya melancarkan perjalanan dan pembayaran, bertukar menjadi lambat dan menyusahkan apabila pengguna lebuhraya lain yang menunggu terpaksa mengundurkan kereta mereka untuk memberi laluan kepada kita. Semuanya kerana baki telah kurang atau tidak cukup kerana kita tidak dapat membaca pada skrin Smart TAG.

Sensor pada Smart TAG juga sering menimbulkan masalah dan diharap sistem RFID akan dapat menyelesaikan masalah ini kelak.

Terdapat tips untuk membaiki sendiri alat pembaca Smart TAG anda yang bermasalah itu dengan menggunakan pensel 2B dan mengikuti 10 langkah seperti di bawah:

Peralatan yang diperlukan :

1.Pensel 2B

2.Pemadam

3.Pemutar skru bersaiz kecil dan bermata bintang. ( Jika anda mempunyai set pemutar skru yang boleh ditukar matanya lebih baik. Ia boleh dibeli di kedai perkakas dan alatan)

4. Pen penguji

5.Alat pembaca Smart TAG

1. Keluarkan bateri  dan kad Touch ‘n Go dari alat pembaca Smart TAG.

2. Buka dua skru pada bahagian tepi

3. Buka satu skru lagi pada bahagian bawah kod bar

4. Buka setiap bahagian dan kumpil ia dengan lembut dan cermat

5. Buka klip di bahagian ini dengan 4 klip kesemuanya

6. Kemudian tanggalkan sarung plastik putih dengan cermat

7. Anda akan nampak reben yang berbelang hitam putih itu. Gosok ia dengan perlahan-lahan menggunakan pensel 2B

8. Masukkan semula bateri. Lekapkan kad Touch ‘n Go dan tekan suis butang dengan pen penguji

9. Sekiranya paparan skrin masih kurang jelas, gosok reben itu dengan pemadam dan ulangi langkah 7 dan 8

10. Pasang semula komponen yang telah dibuka pada awal tadi. Kini paparan baki di skrin itu telah jelas kelihatan

Tips dan langkah yang mudah. Anda boleh membaikinya sahaja di rumah dan tidak perlu membuang duit dengan membaikinya di kedai atau membeli Smart TAG yang baru.

Lihat juga video tutorial di bawah:

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...