GAYA HIDUP, INSPIRASI, Kebudayaan

Sikap terpuji gadis ini yang mengutamakan kebersihan MRT wajar dicontohi

Sikap terpuji gadis ini yang mengutamakan kebersihan MRT wajar dicontohi

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Mohd Faiz Muhamad Daud, mengepos sesuatu pada 17 Ogos lalu, telah menjadi tular. Pos beliau menerima 23 ribu reaksi pembaca dan dikongsi sebanyak 2.8 ribu. Ternyata ia mendapat respon yang positif oleh masyarakat Malaysia secara amnya.

Pos di FB berkenaan yang turut di pos pada laman Instagram menunjukkan terdapat seorang gadis yang berlutut sambil membersihkan lantai pada koc MRT. Hal ini kerana air berkarbonat penumpang lain tertumpah. Menurut Mohd Faiz Daud, individu yang tidak sengaja tertumpahkan air berkarbonatnya telah pun mengelap lantai berkenaan sebelum beliau keluar. Namun, apa yang dilakukan oleh gadis tersebut seterusnya mengejutkan Mohd Faiz.

Kredit: Instagram| faiz_daud

Menerusi kapsyen pada posnya, Mohd Faiz menulis : “Tidak disangka-sangka, seorang gadis kemudian telah mengeluarkan tisu lalu mengelap semula lantai berkenaan”. Kerana terkejut, Mohd Faiz lantas menanyakan gadis itu sebab beliau membersihkan lagi lantai itu.

“Sebab air tersebut adalah air berkarbonat. Ia akan meninggalkan kesan lekit jika tidak dibersihkan dengan betul”, jawab gadis itu. Mohd Faiz kemudian menambah pada kapsyen posnya “Respect this girl”. Gadis tersebut bernama Angeline dan merupakan seorang pelajar.

Kredit: Instagram| faiz_daud

Selain itu, Mohd Faiz turut berkata “Gadis ini seharusnya diberikan penghargaan tinggi kerana tiada ramai orang yang sanggup melakukan apa yang dilakukannya”. Tindakan gadis berkenaan mendapat reaksi positif pengguna media sosial.

Sesetengah daripada mereka turut meletakkan akaun Rapid KL pada ruangan komen bagi menyebarkan pada pihak Rapid KL akan tindakan tidak mementingkan diri sendiri oleh gadis berkenaan.

Sikap terpuji seperti ini perlu ada pada setiap diri, khususnya buat warga Malaysia. Sama-samalah kita menjaga harta awam ya!

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...