Berapa ramai antara anda yang benar-benar membersihkan berus gigi sebelum menggunakannya untuk memberus gigi anda?

Bagi anda yang membersihkannya, tahniah! Tetapi bagi anda yang tidak, mungkin video yang bakal anda saksikan ini mampu membuatkan anda berubah fikiran.

Klip video ini menunjukkan betapa pentingnya anda perlu membilas berus gigi dengan bersih sebelum menggunakannya. Ini kerana, di dalam bilik air, kita tidak tahu haiwan atau serangga mana yang mendekati berus gigi kita!

Seperti dalam video ini, seekor cicak telah mendekati berus gigi yang diletakkan di dalam bilik mandi! Hm, gelinya..

Jadi, bagi anda di luar sana yang menyaksikan video ini, berhati-hatilah dan bersihkan berus gigi anda selepas ini. Atau langkah lain yang anda boleh ambil, belilah berus gigi dengan bekas penutupnya sekali!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds