Berita Sains & Teknologi, NASIONAL

Hanya menampal pelekat khas di cermin hadapan kereta, bayaran tol di Malaysia menggunakan teknologi RFID bermula Januari 2018

Hanya menampal pelekat khas di cermin hadapan kereta, bayaran tol di Malaysia menggunakan teknologi RFID bermula Januari 2018

Kita sudah maklum bahawa sistem bayaran tol secara tunai di Malaysia telah digantikan dengan sistem bayaran kad dan tag Touch ‘n Go dan Smart Tag yang bertujuan melancarkan perjalanan trafik di lebuhraya.

Kredit: lcct

Tambahan kepada itu, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan memperkenalkan kaedah pembayaran tol yang lebih berkesan dan canggih menggunakan teknologi Pengenalan Frekuensi Radio atau Radio Frequency Identification  (RFID).

Menurut laporan berita Sin Chew Daily, pihak LLM akan memperkenalkan teknologi ini  pada Januari 2018 dengan sekurang-kurangnya satu laluan lorong dengan sistem RFID ini akan disediakan di setiap plaza tol.

Sumber : Sin Chew Daily

Dengan penggunaan teknologi RFID ini, para pemandu hanya diperlukan menampal pelekat khas di cermin hadapan kenderaan dan akan melalui plaza tol tanpa perlu berhenti. Pengimbas atau sensor yang diletakkan di setiap laluan plaza tol akan mengesan dan membaca gelombang frekuensi radio dan memotong jumlah bayaran tol dari akaun tag RFID.

Seperti kad Touch ‘n Go, apabila jumlah nilai di dalam kad tag RFID telah berkurangan , ia boleh di tambah nilai dimana-mana kaunter pembelian tambah nilai Touch ‘n Go.

Sistem RFID yang dilaksanakan di Afrika Selatan

Kredit: piarc

Dengan penggunaan pembayaran tol melalui sistem ini , ia akan dilihat lebih sistematik dan efisen. Masalah kesesakan lalulintas mungkin dapat dikurangkan dan masalah pengimbas bermasalah seperti Smart Tag yang sering terjadi akan dapat diselesaikan.

Sumber : cetakan skrin youtube

Pada masa ini, pihak LLM dalam perancangan untuk memasang sistem dan teknologi RFID ini di setiap plaza tol di seluruh negara secara berperingkat sehingga tahun 2020.

Lokasi terkini teknologi RFID ini di pasang secara percubaan ialah di laluan khas di plaza tol Batu 3 , Shah Alam. Namun hanya kenderaan polis , bomba dan ambulans sahaja yang dibenarkan memasuki laluan tanpa pagar itu.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...