Penumpang dikenakan levi RM1 apabila berlepas dari lapangan terbang Malaysia mulai Januari 2018 Azian 18/08/2017 tweet Related Posts Guru cedera disamun dalam bilik darjah ketika mengajar Seorang lelaki di Ampang terkejut apabila bil air rumahnya mencanak hampir RM4,300! Biar betul! Kemalangan trampolin paling epik! Memang seronok dapat melompat tapi silap langkah habislah anda… KKM: Dua produk sardin dalam tin keluaran syarikat China ditarik balik kerana mengandungi cacing mati Seorang pelancong Taiwan terlantar di hospital setelah menjadi mangsa ragut berdekatan Masjid Negara Share this on WhatsAppKUALA LUMPUR – Satu caj levi baru sebanyak RM1 dijangka akan dikenakan kepada semua penumpang kapal terbang yang akan berlepas dari lapangan terbang Malaysia bermula Januari 2018. Kredit: Cetakan skrin youtube Caj levi baru itu akan dikenakan kepada semua penumpang warga Malaysia dan warga asing yang akan berlepas dari lapangan terbang Malaysia kecuali bagi mereka yang terbang dengan perkhidmatan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak. Perkara ini disahkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) yang mengawal selia urusan ekonomi dan perdagangan berkaitan penerbangan awam di Malaysia. Mavcom sedang bersedia membentangkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) di Parlimen pada Oktober ini bagi membolehkan caj levi itu dikenakan kepada semua penumpang. Kredit : Cetakan skrin youtube Pada 15 Ogos 2017, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mavcom, Azmin Zain telah memberikan kenyataan, “Saya dapat mengesahkan bahawa Mavcom akan mengenakan caj levi RM1 kepada semua penumpang yang berlepas kecuali bagi mereka yang terbang dengan perkhidmatan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak.” Menurut laporan Channel News Asia , Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia akan dibentangkan buat kali kedua di Parlimen pada bulan Oktober 2017. Jika pembentangan ini diluluskan , caj levi RM1 akan mula dikuatkuasakan kepada semua penumpang kapal terbang di Malaysia bermula Januari 2018. Kredit: pixabay Menurut Azmir Zain , Mavcom dijangka dapat mengutip sebanyak RM30 juta pada tahun pertama caj levi ini dikuatkuasakan. Tujuan levi RM1 dikenakan adalah untuk mengekalkan kemampuan kewangan dan yang lebih penting adalah kebebasan Mavcom. Caj levi RM1 ini selari dengan perancangan kerajaan yang mahu menghentikan penyaluran bantuan operasi kepada Mavcom bermula tahun 2018 selepas membiayainya sejak 2 tahun yang lalu bermula penubuhannya pada 1 Mac 2016. Azmir Zain juga mendedahkan Mavcom sedang mengkaji semula caj perkhidmatan penumpang (PSC) untuk penerbangan jarak jauh di KLIA2 yang mana berpotensi dinaikkan daripada RM50 kepada RM73 mulai tahun 2018. Katanya , ini bertujuan untuk menyamakan caj di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2. Katanya, “Buat masa ini, kami sedang membangunkan rangka kerja jangka panjang untuk menetapkan caj lapangan terbang . Ini kerana pada masa akan datang Mavcom akan melihat keperluan untuk mengkaji keperluan bagi caj pendaratan dan meletak pesawat bersama-sama dengan caj perkhidmatan penumpang (PSC).” Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa penumpang telah mendapat penjimatan sebanyak RM30 sejak Mavcom menurunkan kadar PSC dari RM65 kepada RM35 untuk semua destinasi ASEAN. Bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) telah dibentangkan pada minggu lalu oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia , Abdul Aziz Kaprawi di Parlimen. Kredit : mole Menurut Abdul Aziz , caj levi adalah normal di negara lain dan kerajaan hanya mengenakan caj paling minimum iaitu RM1 sahaja kepada setiap penumpang. Era Baru 1 2 3 Share this on WhatsApp tweet Kategori:Ekonomi NASIONAL ANDA JUGA MUNGKIN SUKA Menangkap ikan sebenar saiz lengan tanpa menggunakan jaring ataupun joran, rakyat Jepun ini tahu caranya Bermacam gelagat beruang dan panda yang sungguh melucukan, boleh saya bawa mereka pulang ke rumah? Kesan rokok terhadap paru-paru dan trakea selepas eksperimen dijalankan, lihat hasil akhirnya, mengerikan! Sukan air yang belum pernah anda lihat sebelum ini, nampaknya mereka memang kreatif dalam mencipta sesuatu yang baru seperti ini! Tonton hingga habis! Mereka tidak perlukan drum yang mahal kerana dengan beberapa batang sudu muzik indah dapat dihasilkan! Pilihan Editor Hebat! 6 orang gadis ini bersenam sambil mengikut rentak lagu ‘Uptown Funk’, anda pasti akan teruja apabila menonton video di bawah Vintaj! Rupa buku katalog IKEA daripada tahun 1951 hingga 2000, lihat bagaimana rupa perabot IKEA zaman dahulu Peserta Malaysia telah memenangi anugerah Pertandingan Fotografi Dunia, dan ini gambarnya Ketahui kebaikan berus gigi buluh berbanding berus gigi plastik dan mengapa anda perlu mendapatkannya Anak monyet yang cedera bertemu ‘ibu angkat’ dan ikatan perhubungan yang dibina oleh mereka pasti akan menyentuh perasaan anda Tekad meninggalkan pekerjaan bergaji RM4 ribu sebulan, lelaki ini memilih untuk menjadi petani timun 2017-08-18 Azian