GAYA HIDUP, GLOBAL, Korporat

Bill Gates berjanji akan menyumbangkan RM20 bilion saham Microsoft kepada badan amal, ia merupakan sumbangan terbesarnya dalam masa 17 tahun

Bill Gates berjanji akan menyumbangkan RM20 bilion saham Microsoft kepada badan amal, ia merupakan sumbangan terbesarnya dalam masa 17 tahun

Bill Gates baru sahaja menyumbangkan 5 peratus daripada kekayaannya yang mungkin sumbangan terbesarnya pada abad ini. Adalah dipercayai wang itu akan disumbangkan kepada Yayasan Bill & Melinda Gates.

Menurut laporan daripada Time, Bill Gates adalah orang terkaya kedua dunia, dan mempunyai nilai bersih USD90 bilion (RM387 bilion), sehingga Julai 2017. Gates telah menjanjikan bahawa 64 juta saham Microsoft yang bernilai USD4.6 bilion (RM20 bilion) pada 6 Jun, menurut Pemfailan Suruhanjaya Sekuriti & Bursa, yang diterbitkan pada hari Isnin.

Kredit: Getty Images | mark peterson

Ini adalah sumbangan yang terbesar daripada dermawan-dermawan yang telah dibuat sejak tahun 2000. Penerima sumbangan ini tidak dikenal pasti, tetapi dipercayai sumbangan ini akan pergi ke Yayasan Bill & Melinda Gates.

Kredit: Getty Images | Stephen Brashear

Yayasan Bill & Melinda Gates diasaskan oleh Gates dan istrinya pada tahun 2000 untuk mendukung inisiatif bagi memperbaiki dan meningkatkan taraf pendidikan, mengurangi kemiskinan yang melampau, dan meningkatkan  taraf kesihatan masyarakat.

Gates berjanji akan memberikan sumbangan amalnya yang bernilai kira-kira USD50 bilion (RM215 bilion), berdasarkan penyata kewangan yang terbaru.

Kredit: Getty Images | Michael Gottschalk

Keghairahan Gates untuk menyumbang dicetuskan setelah melawat hospital klinik TB ,semasa lawatannya ke Afrika. Dia berasa simpati diatas keperitan yang disaksikan olehnya. Beliau berkata: “Ini adalah hukuman mati. Untuk masuk ke hospital itu adalah hukuman mati. “

Gates juga berkata: “Adakah dunia yang kaya ini sedar akan bagaimana empat bilion daripada enam bilion hidup? Sekiranya kita sedar, kita pasti mahu membantu mereka, kita juga mahu terlibat sama.

“Saya pasti dijaga dari segi permakanan dan berpakaian. Wang tidak mempunyai utiliti untuk saya melampaui titik tertentu. Utilitinya sepenuhnya adalah dalam membina organisasi dan mendapatkan sumber yang diagih keluar kepada yang miskin di dunia, “kata Gates kepada The Telegraph.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...