Aneh, KESIHATAN

Awas para remaja lelaki di luar sana! Jangan makan terlalu banyak makanan segera, ini mungkin berlaku kepada anda

Awas para remaja lelaki di luar sana! Jangan makan terlalu banyak makanan segera, ini mungkin berlaku kepada anda

Anak-anak remaja kebanyakannya memang sukakan makanan segera. Selepas pulang dari sekolah, restoran makanan segera akan dipenuhi pelajar sekolah di kalangan remaja dan kadangkala mereka berada di situ setiap hari memakan makanan segera yang tidak berkhasiat. Terdapat kesan apabila memakan makanan segera secara tidak terkawal.

Tahukah anda akibat memakan terlalu banyak makanan segera , seorang remaja lelaki di China telah mengalami ketumbuhan buah dada yang membesar seperti seorang wanita.

Dan doktor yang merawatnya mengatakan dan mempercayai ia disebabkan oleh makanan segera yang remaja lelaki ini makan dimana ia mengandungi agen kimia dikenali sebagai ‘pelentur jantina’.

Kredit : AsiaWire

Remaja lelaki dikenali sebagai Xiao Feng ini berusia 19 tahun mula menyedari dan merasai terdapat bonjolan pada dada kanannya enam tahun yang lalu.

Katanya, sepanjang zaman remaja, dia berasa rendah diri dan sentiasa sedar dengan buah dada tunggalnya itu. Oleh itu , dia selalu mengelak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang melibatkan sukan air atau bermain sukan lain bersama kawan-kawan yang memerlukan dia membuka bajunya.

Selama enam tahun, buah dada tunggal itu semakin membesar dan menjadi saiz A, sementara bahagian dada di sebelah kiri hanya mendatar dan normal.

Xiao Feng yang berasal dari daerah Cangnan, wilayah Zhejiang di timur China ini telah mencuba pelbagai ubat dan rawatan tradisional Cina untuk memulihkan dadanya kembali normal. Malangnya, tiada satu pun yang dapat menyelesaikan masalahnya itu.

Kredit : AsiaWire

Kemudian, Xiao Feng telah ke Hospital Wenzhou Central di Zhengjiang dan menjalani pemeriksaan dan nasihat pakar. Kes yang unik dan istimewa ini telah dibawa kepada Ketua Perubatan, Dr Pan Zhongliang.

Pemeriksaan mendapati yang remaja ini berada dalam keadaan sihat dan baik. Dr Pan mengatakan bahagian dada disebelah kanannya menyerupai wanita dan bahagian kiri dadanya adalah lelaki.

Selepas membuat pemeriksaan lanjut dan bertanya tentang pemakanannya , Dr Pan menyedari dan mempercayai makanan segera yang kerap dimakan Xiao Feng mungkin antara punca hormon remaja ini tidak normal.

Pembedahan membuang buah dada itu telah berjaya dijalankan. Dr Pan mengatakan buah dada tunggal Xiao Feng membesar adalah disebabkan hormon yang tidak seimbang dan selepas pembedahan ini, ia tidak akan tumbuh kembali.

Dr Pan menambah, keadaan Xiao Feng mungkin berpunca dari kegemarannya memakan makanan segera dengan kerap dan makanan segera mengandungi agen kimia ‘pelentur jantina’ yang bertindak balas dengan pertumbuhan hormon.

Dr Pan berkata keadaan hormon yang tidak normal dan seimbang kadang kala berlaku kepada remaja lelaki dan perempuan yang meningkat dewasa.

Dr Pan Zhongliang dan pasukan perubatannya telah melakukan pembedahan mastectomy ke atas Xiao Feng dan dia telah beransur pulih serta dibenarkan keluar dari hospital lima hari kemudian.

Era Baru

Kategori:Aneh KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...