NASIONAL, SUKAN, VIDEO

Malaysia raih emas pertama dalam acara chinlone. Ayuh Malaysia!

Malaysia raih emas pertama dalam acara chinlone. Ayuh Malaysia!
Pasukan chinlone berangkai lelaki dari Malaysia berjaya mendapatkan pingat emas yang pertama buat negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. (Twitter/Kuala Lumpur 2017)

KUALA LUMPUR – Semalam, 16 Ogos 2017 menjadi tarikh bermakna buat pasukan chinlone berangkai lelaki dari Malaysia apabila berjaya meraih kejuaraan sekali gus mendapatkan pingat emas yang pertama buat negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, skuad chinlone negara yang diketuai oleh Muhammad Faiz Roslan berjaya memenangi pingat emas setelah berjaya mencatatkan 391 mata mengalahkan Filipina dengan mata 271.

Kredit: MMO

Dalam acara yang diwakili oleh tiga negara, Brunei berjaya mendapat tempat ketiga, Filipina berpuas hati di tempat kedua dan juara, Malaysia.

Selain Muhammad Faiz, ahli skuad yang turut mengharumkan nama Malaysia adalah Mohammad Kamal Aizat Azmi, Ab Muhaimi Che Bongsu, Putera Aidil Israfi Kamaruzaman, Muhamad Asyraaf Abd Hadi, Izuan Afendi Azlan, Mohd Nazuha Mohd Nadzli dan Iskandar Zulkarnain Salim.

Kredit: Twitter

Sukan chinlone ini memerlukan kemahiran yang tinggi selain keupayaan untuk mengimbang bola takraw mengikut disiplin berdasarkan kategori yang ditetapkan dan dimainkan oleh sekumpulan enam pemain di dalam bulatan.

Skuad chinlone negara menyertai tiga lagi kategori lain yang dikenali sebagai non-repetition primary, same stroke dan non-repetition secondary.

Kredit: NST

Dengari laungan lagu Negaraku yang dimainkan bagi meraikan kemenangan anak Malaysia dalam Sukan SEA Ke-29!

Era Baru

Kategori:NASIONAL SUKAN VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...