INSPIRASI, KESIHATAN

Lelaki ini berjaya mengurangkan berat badannya daripada 102 kg ke 73 kg, ini rahsia dietnya

Lelaki ini berjaya mengurangkan berat badannya daripada 102 kg ke 73 kg, ini rahsia dietnya

Isu berkaitan dengan berat badan ini boleh dikira sebagai isu sensitif bagi segelintir individu. Hal ini kerana majoriti dalam kalangan kita, tidak ramai yang berjaya mencapai berat badan yang ideal.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa separuh daripada rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti. Memanglah, Malaysia kaya dengan pelbagai hidangan unik daripada segenap lapisan kaum yang enak-enak semuanya.

Namun, hal ini mendapat perhatian daripada seorang lelaki  yang gusar akan berat badannya dan beliau bertekad untuk mengurangkan berat badannya.

Beliau berketinggian 170 cm berjaya menurunkan sebanyak 29 kg dalam masa setahun. Lelaki itu yang menetap di Turki ketika ini juga ada berkongsi beberapa tips dan menu beserta resepi sebagai panduan kepada mereka yang juga mahu mencapai berat badan yang diimpikan. Berikut merupakan perkongsian daripada Abd. Azari :

Menu 1 : Omelette & Salad

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • Bawang
    Tomato yang dicincang
  • Campurkan salad mengikut citarasa (Bawang memberikan perasa terhadap salad)
  • Gunakan apa sahaja dressing (Pilihan saya : cuka delima)

Menu 2: Buah strawberi dan oren

Menu 3: Ayam panggang dan salad

Bahan-bahan:

  • 1 bahagian ayam
  • Secubit serbuk paprika
  • Secubit serbuk lada cayenne
  • Secubit lada hitam
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk jintan
  • Secubit serbuk kunyit
  • Secubit serbuk bawang putih dan bawang merah
    Panggang di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius untuk 20-25 minit.
    Untuk salad, sila rujuk resepi pada menu 1.

Menu 4: Ayam panggang madu

Bahan-bahan:

  • 1 bahagian ayam
  • 1/2 sudu teh kicap
  • 1/2 sudu teh madu
  • Secubit serbuk bawang putih

Panggangkan di dalam ketuhar pada 180 darjah celcius untuk 20-25 minit. Untuk salad, sila rujuk resepi pada menu 1.

Menu 5: Bibimbap sayur

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan kimchi yang di potong
  • 1/2 cawan timun yang dicincang
  • 1/2 cawan lobak merah yang dicincang
  • 1 telur goreng

Kuah:

  • 1 sudu besar gochujang (pes lada Korea)
  • 1/2 sudu besar cuka
  • Sedikit minyak bijan

 Menu 6: Ayam panggang pedas bersama salad

Bahan-bahan:

  • 1 bahagian ayam
  • Secubit serbuk paprika
  • Secubit serbuk lada cayenne
  • Secubit lada hitam
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk jintan
  • Secubit serbuk kunyit
  • Secubit serbuk bawang putih dan bawang merah
    Panggang di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius untuk 20-25 minit. Untuk salad, sila rujuk resepi pada menu 1. Tetapi, untuk dressing, beliau menggunakan mayonis dan sos.

Menu 7: Kari hijau bersama salad

Bahan-bahan:

Kisarkan kesemua bahan ini :

  • 1/2 batang serai
  • 3 ulas cili api
  • Sebiji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 hirisan lengkuas
  • 2 sudu besar daun ketumbar yang dicincang
  • Secubit jintan
  • Secubit lada putih
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar perahan limau
  • 1 sudu teh gula

Kisar dan tumiskan bahan berkenaan bersama 2 sudu minyak masak untuk 5 minit.

– Daging ayam yang dicincang
– 4 sudu besar santan

Masukkan ayam dan selepas itu, masukkan santan. Biarkan selama 10 minit dan ia siap untuk dinikmati.

Untuk salad, sila rujuk resepi pada menu 1. Gunakan kuah kari tersebut sebagai dressing.

Menu 8: Mee goreng Konjac berserta salad

Bahan-bahan:

  • 1 cawan mee konjac
  • Seulas bawang putih
  • 1/2 sudu teh kicap
  • 1/2 sudu teh sos tiram
  • Secubit lada
  • 1/2 tomato
  • Hirisan lobak merah
    Untuk salad, sila rujuk resepi pada menu 1.

Menu 9: Pasta carbonara, Hot Dog & salad 


Bahan-bahan:

  • 1/2  bahagian pasta
  • 1/2 sudu besar minyak zaitun
  • Sebiji bawang putih yang dicincang
  • 1/2 cawan susu penuh krim
  • 1/4 cawan salami cincang
  • Secubit garam
  • Secubit lada
  • 1 hot dog
    Untuk salad, sila rujuk resepi pada menu 1

Menu 10: Pasta pesto & salad 

Bahan-bahan:

  • Kisarkan 1/4 cawan daun ketumbar/ pasli/ bayam bersama 2 sudu besar minyak zaitun dan 2 sudu besar kekacang
  • Gaulkan pasta dengan bahan berkenaan pada suhu sederhana
  • Tambah sedikit keju
    Untuk salad, sila rujuk resepi pada menu 1

Menu 11: Makaroni keju bersama salad

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan makaroni yang telah direndam
  • 1/2 cawan susu penuh krim
  • Keju mengikut citarasa
  • Secubit garam, lada dan gula
    Untuk salad, sila rujuk resepi pada menu 1

Menu 12: Pad Thai 

Bahan-bahan:

  • 1 bahagian pad thai/ mee konjac
  • Lubak merah yang dicincang
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu gula/gula Melaka
  • 1 cawan asam jawa
  • Sebiji telur Seulas bawang putih
  • 3 tauhu kering
  • 1 sudu besar kacang hancur
    Gorengkan.

Menu 13: Pasta Aglio Olio dan salad 

Bahan-bahan:

  • 1/2 bahagian pasta
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • Garam dan lada hitam

Untuk salad, sila rujuk resepi pada menu 1

Menu 14: Dada ayam panggang dan salad  

Bahan-bahan:

  • 1 bahagian dada ayam
  • Secubit lada hitam
  • Secubit serbuk jintan
  • Secubit lada cayenne
  • Secubit serbuk kunyit
  • Secubit garam
  • 1/2 sudu besar kicap

Untuk salad, sila rujuk resepi pada menu 1.

Bagi kalian yang ingin mengurangkan berat badan, selamat mencuba dan semoga anda berjaya!

Era Baru

Kategori:INSPIRASI KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...