KESIHATAN, Pendidikan, VIDEO

【Video】Penumpang bas ini menemui ‘sesuatu’ bergerak-gerak di atas rambut penumpang lain dan ia amat menggelikan

【Video】Penumpang bas ini menemui ‘sesuatu’ bergerak-gerak di atas rambut penumpang lain dan ia amat menggelikan

Seorang penumpang yang berada dalam perjalanan ke Mexico menemui sesuatu bergerak-gerak di atas rambut penumpang lain. Disebabkan sikap ingin tahu membuak-buak dalam dirinya, dia melihat rambut penumpang itu dengan lebih dekat dan berasa mahu menjerit selepas melihatnya.

Dapatkah anda meneka apa yang dilihat oleh penumpang itu?

Ya! kutu dan ia sungguh menggelikan.

Lihat sendiri video di bawah.

Kutu pada rambut memang menggelikan. Bagi anda yang menghadapi masalah ini, segeralah bertindak.

Berikut adalah info mengenai kutu rambut dan kaedah merawatnya.

Kutu kepala.

Kredit: OnHealth

  • Ia tidak bersayap dan saiznya antara 2-4mm.
  • Kutu hidup di kepala manusia dengan menghisap darah pada kulit kepala.
  • Ia bertelur pada pangkal rambut dan dalam masa tujuh hingga sepuluh hari, telur akan menetas manakala kulit telurnya tetap kekal melekat pada rambut. Pada hari keenam hingga kesepuluh selepas menetas, ia menjadi kutu dewasa dan mula merayap.
  • Kutu betina boleh menghasilkan enam biji telur setiap hari selama 30 puluh hari.
  • Walaupun telur kutu boleh bertahan sehingga 3 hari namun ia tidak akan menetas pada suhu selain suhu kulit kepala.
  • Kutu tidak dapat hidup lebih daripada 72 jam jika ia berada di luar kepala manusia.
  • Tahukah anda, walaupun kutu tidak boleh terbang tetapi ia boleh merangkak dengan kelajuan sehingga 23cm seminit?
  • Kutu rambut tidak hidup pada bulu haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing.

Bagaimana kutu boleh berjangkit daripada satu orang kepada orang lain?

  • Sekurang-kurangnya sepuluh ekor kutu hidup akan menyebabkan seseorang itu dijangkiti kutu.
  • Berkongsi pakaian, tempat tidur, alat permainan atau sikat dengan orang yang telah dijangkiti kutu. Kebiasaannya di sekolah atau di asrama. Ia lebih mudah berjangkit.
  • Bersentuhan atau terlalu dekat dengan orang yang dijangkiti kerana kutu rambut pantas merayap walaupun ia tidak boleh terbang.

Cara mengesan jangkitan kutu.

  • Kadangkala ia mengambil masa selama 4 minggu hingga 3 bulan sebelum rasa gatal muncul. Namun, ada juga orang yang tidak berasa gatal langsung.
  • Kesan kegatalan ini bergantung kepada sensitiviti kulit kepala kepada komponen antigen air liur kutu.
  • Terdapat bintik-bintik putih pada rambut yang berkemungkinan telur kutu.

 Kaedah merawat jangkitan kutu dan menghapuskannya.

#1 Sikat rambut menggunakan sikat kutu.

Gigi sikat yang rapat-rapat ini akan membolehkan kutu tersebut tertarik sekali semasa anda menyikat rambut.

Kredit: Punny Memories

#2 Sapukan ubat losyen atau penyembur.

Ubatan seperti losyen dan penyembur hanya boleh digunakan apabila terdapat kutu yang hidup di kepala. Masa yang diambil dan bagaimana untuk menggunakannya juga bergantung kepada produk.

Rawatan harus dilakukan sekurang-kurangnya 7 hari secara berselang. Ia bertujuan membunuh kutu-kutu yang baru menetas kerana kebanyakan ubatan ini tidak membunuh telur.

Seperti contoh di bawah, ubatan ini boleh didapati di farmasi dan berharga RM15-RM17 sebotol. Ia dilengkapi dengan sikat untuk memudahkan proses pembuangan kutu.

Beberapa testimoni pengguna yang menggunakan LICE CLEAR ini sangat berpuas hati dengan keberkesanan produk ini kerana bukan sahaja kutu yang mati, telurnya pun dapat dibuang juga.

Kredit: Lovely’s Blog

#3 Menghilangkan kutu dengan menggunakan minyak kayu putih.

Caranya ialah, ambil beberapa sudu minyak kayu putih dan campurkannya dengan air limau nipis. Selepas itu, sapukan campuran tersebut pada rambut dan ramaskan rambut anda. Kemudian, tutup kepala anda dengan tuala atau kain dan biarkan selama satu jam. Selepas itu, bilas rambut anda dan sikat rambut dengan menggunakan sikat kutu.

Hasilnya kutu-kutu dan telurnya juga akan tertanggal daripada rambut. Dalam masa seminggu, ulang kaedah ini hingga anda yakin sudah bebas kutu.

Kredit: Hairul’s Blog

#4 Gunakan pengering rambut setiap kali selepas anda membasuh kepala. Ini kerana, kutu tidak dapat hidup pada suhu yang panas.

#5 Gunakan minyak zaitun.

Sebelum tidur, sapukan minyak zaitun pada kepala anda dan bungkus kepala anda semalaman. Basuh rambut pada keesokan harinya dan anda akan mendapati kutu-kutu tersebut mati.

Kredit: Minyak Zaitun

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...