GAYA HIDUP, INSPIRASI, Keluarga

Tahukah anda interaksi terawal manusia buat kali pertama pernah direkodkan adalah di sini?

Tahukah anda interaksi terawal manusia buat kali pertama pernah direkodkan adalah di sini?

Manusia wujud di dunia dengan pelbagai kaum dan rupa etnik yang berbeza untuk berinteraksi dan saling kenal mengenali di antara satu sama lain.

Tahukah anda interaksi terawal manusia pernah direkodkan adalah dari seorang bayi yang belum dilahirkan dengan seorang doktor di dalam satu pembedahan?

Sumber :Micheal Clancy

Pada tahun 1999 , Samuel Armas yang berusia 21 minggu di dalam rahim ibunya apabila dia didiagnos dengan spina bifida, satu kecacatan kelahiran yang serius. Para doktor telah menasihatkan supaya Samuel dibedah semasa dia masih di dalam rahim ibunya.

Ia adalah satu pembedahan yang amat berisiko. Tetapi ibu Samuel , Julie Armas bertekad untuk menyelamatkan anaknya itu sedaya upaya yang boleh.

Dr Joseph Bruner mengetuai pembedahan ke atas Julie dan Samuel Armas pada 19 Ogos 1999. Pada peringkat akhir pembedahan, secara tiba-tiba tangan Samuel yang belum dilahirkan telah keluar dan memegang jari Dr Joseph Bruner.

Secara kebetulan, seorang jurufoto yang bernama Micheal Clancy dengan segera telah merakamkan detik yang menakjubkan itu yang kemudiannya dikenali sebagai “Tangan Harapan”.

Pada bulan Disember 1999 , empat bulan kemudian, Samuel Armas dilahirkan dengan selamat dan telah membesar menjadi seorang remaja semuanya atas jasa para doktor yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa Samuel di dalam pembedahan itu.

Namun, oleh kerana kecacatan kelahiran spina bifida yang dialaminya, Samuel terpaksa memakai pengikat kaki seumur hidup. Dia juga akan menggunakan kerusi roda apabila melakukan perjalanan jarak jauh.

Sumber : NTD Inspired

Foto “Tangan Harapan” yang dirakamkan telah menjadikan Samuel Armas seorang bayi terkenal ketika itu. Sepuluh tahun  kemudian  pada tahun 2009 , Samuel telah muncul memberitahu Fox News.

“Apabila saya melihat foto itu, perkara pertama yang difikirkan ialah bagaimana bertuah dan istimewanya saya mempunyai Tuhan yang menggunakan saya dengan saat sebegitu rupa. Saya berasa sangat bersyukur berada di dalam foto itu.” kata Samuel.

Micheal Clancy memberitahu , “Ia adalah foto keajaiban , satu saat penuh keajaiban. Ia menunjukkan interaksi terawal manusia pada kali pertama yang pernah direkodkan.”

Sumber : NTD Inspired

Samuel Armas berkata foto itu mungkin dapat membantu beberapa orang bayi yang mempunyai keadaan sepertinya atau lain-lain untuk hidup , yang menunjukkan bahawa menggugurkan kandungan itu dalam apa juga sebab dan keadaan adalah salah.

Samuel berkata, ” Saat itu amat penting bagi saya. Mungkin ramai bayi yang akan kehilangan nyawa jika foto saya memegang jari doktor itu tidak berlaku.”

Ibu Samuel, Julie Armas berkata, ” Samuel menekankan mesej dari pengalaman hidupnya itu lebih dari segalanya. Foto ini dirakamkan dan Tuhan menggunakan saat itu untuk menunjukkan kepada semua yang bayi ini masih hidup di dalam rahim ibunya. Samuel sangat bersyukur yang foto itu telah dapat menyampaikan mesejnya.”

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...