INSPIRASI

Kisah sedih gunung tertinggi di dunia: Banyak kawan melawat, tetapi barang yang ditinggalkan mencemarkan gunung Everest

Kisah sedih gunung tertinggi di dunia: Banyak kawan melawat, tetapi barang yang ditinggalkan mencemarkan gunung Everest

Lebih 4000 orang pendaki telah menawan puncak gunung Everest sejak Sir Edmund Hillary menawannya pada tahun 1953. Sejak itu pergunungan Everest telah dipenuhi 10 tan najis manusia dan juga sampah-sarap.

Khemah warna-warni yang diduduki oleh pendaki gunung dari seluruh dunia

Menurut Peter Holley di The Washington Post, lebih 11,793 kg najis manusia dibuang oleh sherpas tempatan berdekatan Gorak shep, perkampungan kecil pada ketinggian 5163 meter.

Dalam masa dua bulan, keadaan gunung semakin uzur, ratusan pendaki meninggalkan kem asas untuk menjejakkan kaki di puncak gunung.

Walaupun bukan semua akan menjejakkan kaki di puncak Everest, mereka meninggalkan  najis dan barangan yang banyak di sana. Keadaan ini berlaku apabila pendaki menggali lubang untuk membuang air besar. Selepas itu mereka menimbus dan meneruskan perjalanan. Najis itu terkumpul dan terus membentuk kawah selama bertahun tahun.

Apabila masalah air semakin teruk, punca air penduduk tempatan semakin berlumpur dan beracun. Keadaan semakin buruk di mana sisa kotoran tidak hancur kerana iklim yang sejuk, sebaliknya ia membeku dan keras.

Kawasan timbunan sampah

Timbunan najis

Orang ramai cuba untuk mendapatkan jalan penyelesaian kerana tidak mahu melihat salah satu landskap semula jadi itu menjadi timbunan najis gergasi.

Penduduk tempatan yang bekerja sebagai pembersih najis

Salah satu idea utama dari jurutera projek gunung Everest Biogas berharap untuk menjadikan sumber di Gorak shep berubah menjadi sumber tenaga.

Untuk kuasa peranti, pasukan merancang untuk melaksanakan sistem solar. Walau bagaimanapun, ini tidak menyelesaikan masalah sampah yang semakin buruk.

Kerajaaan Nepal mengarahkan pendaki untuk membawa turun 8kg sampah ke bawah ataupun mereka akan kehilangan deposit mereka.

Timbunan sampah yang dikumpulkan

Era Baru

Kategori:INSPIRASI

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...