Asia, GLOBAL

Gempa bumi dengan magnitud 6.3 melanda Filipina

Gempa bumi dengan magnitud 6.3 melanda Filipina
Gempa bumi dengan magnitud 6.3 skala richter telah melanda kepulauan Luzon di utara Filipina dan menggegarkan bandaraya Manila pada Jumaat, 11 Ogos 2017. (Foto komposit)

MANILA – Gempa bumi yang kuat dengan magnitud 6.3 skala richter telah melanda kepulauan Luzon di utara Filipina dan menggegarkan bandaraya Manila pada jam 1.28 petang Jumaat, 11 Ogos 2017.

Kredit: AP

Para pekerja pejabat dan warga kota bandaraya Manila telah bergegas dan bertempiaran keluar dari bangunan masing-masing tetapi tiada kerosakan, kecederaan dan kehilangan nyawa dilaporkan ekoran gempa bumi tersebut.

Institut Volcanologi dan Sismologi Filipina berkata pusat gegaran gempa bumi itu berlaku 5 kilometer di barat daya Nasugbu di bandar Lian dalam wilayah Batangas pada kedalaman 173 kilometer.

Jabatan Kajian Geologikal Amerika Syarikat melaporkan gempa bumi itu berlaku pada magnitud 6.2 skala richter.

Pihak institut melaporkan tiada kerosakan dijangka akan berlaku. Pusat gegaran yang dalam selalunya hanya memberi kesan yang minima pada permukaan bumi, walaupun gegaran kuat dapat dirasai.

Kredit: AFP/Getty Images

Tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh institut berkenaan berikutan gempa bumi dengan magnitud 6.3 skala richter ini yang menjangka kesan selepas gegaran.

Secara geologi, Filipina terletak di atas ruang aktif Lingkaran Api Pasifik yang sering mengalami kejadian gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Era Baru

Kategori:Asia GLOBAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...