Aneh, Galeri Foto, INSPIRASI

10 perkara yang hanya berlaku di China dan ianya amat ‘mengejutkan’

10 perkara yang hanya berlaku di China dan ianya amat ‘mengejutkan’

Tamadun China merupakan antara tamadun awal dan tertua yang wujud di dunia. Disebabkan itu, terdapat pelbagai ciptaan hebat yang lahir dari China dan berjaya mengubah dunia.

Sehingga kini, China masih lagi menerajui beberapa perkara menarik serta aneh dan hanya berlaku di negara Tembok Besar itu sahaja. Kehidupan seharian di China ternyata berbeza dengan kehidupan masyarakat seluruh dunia.

Nak tahu apa yang lain tentang China dan tidak didapati di negara lain? Lihat 10 senarai di bawah:

#10 Masyarakat China makan apa sahaja yang bergerak

Pasar raya dan bazar menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan eksotik untuk para pembeli. Buaya, penyu, ikan jerung, katak, anjing, kucing, lipas malahan ulat berengga dijual dengan meluas di pasar.

Bahan-bahan ini dijadikan sebagai hidangan tempatan yang sangat digemari atas kepercayaan terhadap khasiat yang dimiliki. Penyu misalnya dimakan kerana dapat melanjutkan usia seseorang.

#9 Memakai baju tidur di kawasan awam tidak dianggap pelik

Masyarakat China dari pelbagai lapisan umur menjadi pakaian tidur sebagai gaya fesyen jalanan yang terkini. Sama ada bersiar-siar, pergi ke kedai atau melepak di kafe bersama rakan-rakan, memakai baju tidur adalah sesuatu yang normal bagi mereka.

#8 Hidangan mi dalam menyambut perayaan

Mi dijadikan sebagai hidangan tradisional setiap kali sambutan upacara seperti majlis hari jadi, perkahwinan mahupun perayaan Tahun Baru China. Dipercayai, lebih panjang dan kenyal mi tersebut, lebih panjang umur individu yang memakannya.

#7 Keretapi berkelajuan tinggi

10秒! . . . . #chinese#Chinesetrain#travel #

A post shared by WTszyiuW (@m20m12) on

Terdapat beberapa laluan keretapi di China di mana ianya boleh mencapai purata kelajuan sehingga 350km/jam. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kebolehsampaian di kawasan-kawasan pedalaman sekali gus menawarkan alternatif yang jauh lebih murah berbanding menaiki penerbangan.

Rekod kelajuan yang paling tinggi adalah pada tahun 2010 di mana keretapi tersebut mencapai kelajuan sehingga 486km/jam. Ia adalah salah satu keretapi terlaju di dunia.

#6 Sambutan hari jadi 10 tahun sekali

Ramai yang menyambut ulangtahun kelahiran mereka mengikut tradisi lama: 30 hari yang pertama, kemudiannya setahun selepas kelahiran, pada usia enam tahun, seterusnya disambut sekali setiap 10 tahun dengan sambutan besar-besaran apabila seseorang mencapai usia 60 dan 80 tahun.

Terdapat juga beberapa tahun kelahiran yang tidak disambut. Misalnya, wanita tidak menyambut ulangtahun mereka yang ke-30, 33 dan 66 tahun. Menurut kepercayaan, tahun-tahun yang dinyatakan adalah tahun yang memberi nasib malang kepada mereka. Lelaki pula tidak akan menyambut ulangtahun ke-40 atas sebab yang sama.

#5 China merekrut angsa sebagai anggota polis

Angsa digunakan untuk melakukan rondaan pada waktu malam bagi menangkap perompak. Selain itu, mereka turut merekrut lebih kurang 10,000 ekor burung merpati yang bertindak sebagai penghantar surat.

#4 Robot menjadi pelayan restoran

Di China, semakin banyak restoran yang menggunakan perkhidmatan robot dalam menyediakan makanan, menghidang serta memasak. Restoran pertama yang menjadi robot sebagai pekerjanya telah dibuka oleh sebuah institut penyelidikan. Kini, robot banyak dijadikan sebagai pembantu rumah.

#3 Aiskrim kacang pis

Aiskrim telah dicipta di China setelah mendapat resipi daripada orang Eropah bernama Marco Polo. Hari ini, China berusaha mencipta pelbagai perisa aiskrim yang luar biasa. Antara yang paling terkenal adalah aiskrim kacang pis.

#2 Cuti perayaan selama dua minggu untuk semua rakyat China

Tahun Baru China adalah perayaan utama yang berlangsung selama 15 hari di negara tersebut. Ia merupakan satu-satunya percutian umum di China. Justeru, ramai rakyat yang melancong ke seluruh negara pada tempoh ini. Jangan terkejut jika anda melihat beberapa kawasan pelancongan terkenal menjadi sesak pada musim ini.

#1 Bandar berhantu dan 64 juta rumah kosong

Sementara lebih kurang 30 juta penduduk China tinggal di gua dan apartmen yang berkeluasan seperti almari, wujud bandar-bandar yang kosong dan tidak berpenghuni. Dianggarkan terdapat lebih 64 juta bangunan yang tidak pernah didiami oleh manusia. Antara bandar berhantu yang paling terkenal adalah Ordos.

Sumber: BrightSide

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...