INSPIRASI, Ria, VIDEO

【Video】Lihatlah gelagat sang gajah tatkala bertembung dengan lori kentang!

【Video】Lihatlah gelagat sang gajah tatkala bertembung dengan lori kentang!

Baru-baru ini, seekor gajah di Bengal Barat, India telah bertembung dengan sebuah lori yang penuh dengan ubi kentang melintasi hutan Garhbeta.

Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, gajah yang kelaparan itu semestinya tidak mahu melepaskan peluang! Ia berjalan betul-betul ke hadapan lori menyebabkan lori tersebut tiada pilihan lain dan terpaksa berhenti. Gajah itu kemudiannya mula berjalan ke sisi lori dan mencungkil kentang untuk dijadikan  ‘santapan’nya.

Penduduk setempat cuba untuk menghalau dan menakutkan gajah itu dengan membaling bunga api dan dan menjerit.

Namun sang gajah itu hanya buat selamba dan meneruskan misinya untuk mengenyangkan perut. Itulah yang dinamakan rezeki!

Setelah hajatnya terlaksana, sang gajah beransur dan berjalan masuk ke dalam hutan, tidak tercedera dan juga tidak ambil peduli. Itulah nikmatnya menjalani sebuah mimpi indah!

Era Baru

Kategori:INSPIRASI Ria VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...