INSPIRASI, VIDEO

【Video】Burung ini hampir mati kerana kehausan, lihat apa yang berlaku selepas ini

【Video】Burung ini hampir mati kerana kehausan, lihat apa yang berlaku selepas ini

Seekor burung telah dilihat terbaring dan tidak berdaya untuk bangun kerana kehausan akibat cuaca yang sangat panas di satu jalan di Kuwait.

Seorang pejalan kaki lelaki yang melihat burung ini kehausan dan sangat lemah sehingga tidak berdaya untuk bangun berasa sangat simpati dengan burung ini lalu mendapatkan air untuknya.

Sumber : reddit.com

Lihat sahaja apa yang berlaku apabila burung ini diberikan sedikit air.

Lelaki ini telah menyiramkan burung ini dengan satu botol air minuman di mulut, kepala dan keseluruhan badannya.

Dengan perlahan burung itu berasa segar dan celik serta bangun perlahan-lahan.

Lelaki ini menyiramkan dan memberi minum dengan satu botol lagi air minuman. Dan burung ini bertambah segar dan bertenaga dengan pantas lalu bangun dengan matanya menjadi celik dan segar.

Satu lagi botol air minuman dibuka dan disiramkan kepada burung ini . Burung ini kemudiannya dengan segera telah pulih dari kepanasan melampau yang dialaminya tadi dan tidak lagi kehausan. Sambil ia memandang dengan jelas kepada lelaki yang telah menyelamatkannya.

Sumber : reddit.com

Lelaki ini berhati mulia kerana dengan rasa simpati dan prihatinnya kepada makhluk bernyawa yang memerlukan pertolongan, satu nyawa telah dapat diselamatkan.

Berbuat baik dan simpati itu bukan di kalangan manusia sahaja, malahan sesama makhluk yang lain juga.

Burung ini mungkin mempunyai kehidupannya yang lebih panjang kerana pertolongan lelaki prihatin ini.

Lihat video di bawah apa yang berlaku kepada burung kehausan ini apabila diberikan air.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...