Aneh, INSPIRASI, VIDEO

[Video] Hilang selama 8 minggu, “kucing ajaib” ditemui selamat didalam sisa sisa kebakaran rumah

[Video] Hilang selama 8 minggu, “kucing ajaib” ditemui selamat didalam sisa sisa kebakaran rumah

Dua bulan yang lalu, keluarga ini menghadapi musibah apabila rumah mereka terlibat dalam kebakaran. Hanya anjing mereka, Chloe yang dapat diselamatkan oleh anggota bomba manakala kucing mereka, Ringer  tidak dijumpai dan pihak bomba mengandaikan ianya telah mati.

Chloe diberi bantuan pernafasan

Setelah 8 minggu, keluarga tersebut mengunjungi rumah tersebut di selatan Haven, Michigan. Mereka terkejut dengan apa yang mereka jumpai. Chloe telah menghidu dan menggali satu lubang  dan mereka mendengar suara anak kucing.

Mereka mengumpan kucing tersebut dengan sedikit makanan untuk keluar dari tempat bersembunyi dan terkejut besar ianya adalah Ringer, kucing mereka telah terselamat dalam kebakaran tersebut.

Kucing tersebut berada di kawasan itu selama 2 bulan dan kehilangan hampir setengah dari berat badannya kerana tiada sumber makanan dan juga minuman.

Ringer, si kucing ajaib yang masih hidup selepas 8 minggu tanpa makanan dan minuman

Pemilik Ringer telah memuat naik gambar gambar di facebook peribadinya, Christine Marr. Dia juga memuat naik video untuk ditonton bersama. Jumlah  tontonan setakat ini ialah 43,727.

Posted by Christine Marr on Monday, May 15, 2017

Era Baru

Kategori:Aneh INSPIRASI VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...