INSPIRASI, VIDEO

[Video] Aksi berani kucing terjun dari tingkat empat sebelum sempat diselamatkan anggota bomba membuatkan netizen kecut perut

[Video] Aksi berani kucing terjun dari tingkat empat sebelum sempat diselamatkan anggota bomba membuatkan netizen kecut perut

Beberapa hari yang lalu, pengunjung sebuah pusat beli-belah Melawati Mall di Kuala Lumpur telah menyaksikan satu insiden mencemaskan apabila seekor kucing dikatakan terperangkap pada palang tingkat empat bangunan berkenaan.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik oleh Dena Bahrin, dipaparkan detik cemas membabitkan seorang anggota bomba berusaha untuk menyelamatkan kucing tersebut dengan menggunakan tali dari atas siling ke tingkat empat bangunan.

Menurut Dena, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu membuatkan ramai pengunjung yang berada di lokasi kejadian sanggup menunggu hampir setengah jam sementara pihak bomba melakukan persiapan sebelum misi menyelamat dijalankan.

Kucing berkenaan dilihat agak buntu dan tidak mempunyai hala tuju. Lebih mendebarkan, kucing tersebut mulai panik dan melompat dari satu palang ke palang yang lain setelah melihat anggota bomba tersebut menghampirinya.

Pihak bomba cuba mendapatkan kucing berkenaan namun gagal apabila kucing tersebut tergelincir dan jatuh ke bawah. Nasib baik, pasukan bomba telah bertindak pantas dengan menyediakan kusyen udara keselamatan (safety air cushion) di tingkat bawah sekali gus berjaya menyelamatkan nyawa kucing berkenaan.

Video yang berdurasi satu minit itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Boleh dikatakan ramai yang menontonnya berasa kecut perut dan tidak senang duduk.

Menurut saksi, setelah berjaya diselamatkan, kucing tersebut terus meninggalkan lokasi kejadian.

Sumber: SAYS

Kategori:INSPIRASI VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...