INSPIRASI, VIDEO

Tindakan anggota bomba semasa berada di lokasi kemalangan ini pasti membuat anda terharu

Tindakan anggota bomba semasa berada di lokasi kemalangan ini pasti membuat anda terharu

5 september 2015, sebuah kemalangan telah berlaku yang melibatkan sebuah kenderaan terbabas di D’Iberville, Mississippi dan terbalik berkali-kali. Kejadian ngeri itu hampir meragut pemandu dan juga 5 orang anaknya yang berumur lingkungan 1-7 tahun.

Apa yang menariknya, tindakan seorang anggota bomba yang sedang bertugas menenangkan salah seorang mangsa kecil dengan memainkan filem musikal komedi, Happy Feet melalui telefon bimbit.

Ahli bomba itu bernama Casey Lessard, beliau telah melakukan perkara tersebut secara spontan, beliau terus berbaring dan terus mengeluarkan telefon bimbitnya untuk memainkan filem tersebut.

Tambahan Casey Lessard lagi, kanak-kanak yang berumur 4 tahun itu kelihatan tenang setelah menonton filem itu tetapi masih lagi dalam trauma.

Orang ramai yang melihat gambar itu terus memuji cara dan juga tindakan bijak yang diambil oleh angota bomba itu.

Orang ramai menggelarnya hero, tetapi Casey Lessard pula mengatakan bahawa itu hanya tugasnya dan anggota lain juga akan melakukan perkara yang sama jika berada dalam situasi tersebut.

Gambar tersebut diambil dan dimuat turun di laman tweeter Nine news LA.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...