GAYA HIDUP, Kerjaya

Perbezaan respon pelanggan apabila berinteraksi dengan pekerja perempuan membuktikan wujudnya seksisme

Perbezaan respon pelanggan apabila berinteraksi dengan pekerja perempuan membuktikan wujudnya seksisme

Seorang lelaki di Pennsylvania terkejut dan kecewa apabila beliau merasai sendiri elemen seksisme yang dihadapi oleh wanita di tempat kerja – hanya dengan menukarkan tandatangan e-mel dengan seorang rakan sekerja wanita di pejabatnya.

Martin Schneider, berasa bingung dengan tindak balas ‘kasar dan negatif’ daripada klien terhadap e-melnya. Rupa-rupanya, beliau telah tersilap menggunakan e-mel rakan sekerjanya, Nicole Pieri.

Sebaik sahaja pelanggan tahu bahawa mereka sedang bercakap dengan seorang lelaki, Martin sedar akan perubahan dan penambahbaikan yang lebih positif dalam dialog pelanggan.

Penulis Martin Schneider tertukar alamat e-mel dengan rakan sekerjanya

Rakan sekerja beliau, Nicole Pieri, akhirnya mempunyai ‘minggu yang paling produktif dalam kerjayanya’

Martin menggambarkan pengalaman tersebut dalam satu tweet yang kemudiannya telah menjadi tular

Martin yakin nada pelanggan beralih kerana pelanggan itu berfikir bahawa mereka sedang berurusan dengan seorang wanita. Oleh kerana itu, Martin menukar e-mel dengan Nicole selama dua minggu bagi menguji teorinya.

Sudah tentu, beliau berkata kehidupan kerjanya di firma perkhidmatan tersebut memberi tekanan kepada dirinya. Sebaliknya Nicole, mengatakan bahawa beliau mempunyai ‘karier yang paling produktif’ kerana pelanggan menganggap beliau merupakan seorang lelaki.

Martin mengakui bahawa beliau bingung pada mulanya ketika menerima tanggapan yang ‘membingungkan’ daripada seorang pelanggan 

Sebagai penyelia Nicole, Martin berkata bahawa beliau sentiasa berasa tertekan dengan bosnya sendiri yang mahukan Nicole menjadi lebih cekap. Hal ini kerana Nicole mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan sesuatu kerja.

‘Saya fikir saya melakukan kerja dengan lebih pantas kerana saya lebih berpengalaman,’ kata Martin.

Selepas merasai sendiri pengalaman dengan pelanggan yang bertindak kasar (sewaktu pelanggan fikir mereka sedang bercakap dengan Nicole), persepektif beliau terus berubah. Jadi, dengan rasa ingin tahu beliau telah menulis pada e-melnya “Hei ini Martin, saya mengambil alih projek ini untuk Nicole.”

Ternyata beliau mendapat tindak balas yang positif! Pelanggan mengucapkan terima kasih kepadanya atas cadangan, menjawab soalan dengan segera, dengan mengatakan “soalan yang hebat!”

Nota: Teknik dan nasihat saya tidak pernah berubah. Satu-satunya perbezaan ialah saya mempunyai nama lelaki sekarang. ‘

Penulis terus mengatakan bahawa sebaik sahaja beliau menyedari bahawa beliau telah menggunakan tandatangan e-mel Nicole dan memberitahu pelanggan mengenainya, terdapat reaksi yang berbeza daripada pelanggan.

Mereka memutuskan untuk menjalankan eksperimen dengan menukar nama, dan Martin mengakui beliau ‘berada di neraka’

Apabila beliau bertanya kepada Nicole sekiranya perkara seperti ini berlaku dengan kerap, Nicole menjawab: ‘Maksud saya, bukan setiap masa … tapi ya. Banyak.’

Setiap soalan dan cadangan Martin, tidak diendahkan oleh pelanggan. Walhal, Nicole pula mempunyai minggu yang paling produktif dalam kerjayanya. Martin menyedari mengapa Nicole mengambil masa yang lebih lama. Hal ini kerana beliau perlu meyakinkan para klien untuk menghormati dirinya.

Kerjanya menjadi sukar dan mengambil masa yang lebih lama kerana reaksi daripada pelanggan yang berbeza. Apabila pelanggan berkomunikasi dengan Nicole, majoriti mereka tidak fokus. Mereka bertanyakan soalan yang tiada kena mengena dengan topik perbincangan. Kebanyakannya menyentuh tentang soal peribadi Nicole.

Beliau menambah bahawa beliau sebenarnya tidak mengubah caranya bekerja

Sementara itu, Nicole mempunyai masa yang hebat di tempat kerja dan mengendalikan pelanggan dengan lebih mudah setelah bertukar tandatangan e-mel

Walaupun Martin terkejut dengan layanan orang yang menganggap dirinya wanita, perkara yang paling mengejutkan adalah menyedari bagaimana kawannya menerima layanan sedemikian sebagai norma. “Bagi saya, ini mengejutkan. Bagi Nicole, beliau sudah biasa dengan itu. Nicole hanya fikir ia adalah sebahagian daripada tugasnya.”

Di Twitter, pengikut mula berkongsi pengalaman mereka sendiri, menyatakan bahawa perkara mungkin lebih sukar bagi wanita pada umumnya.

Nicole menjelaskan bahawa eksperimen itu tidak mengejutkannya, kerana beliau sering menghadapi seksisme di tempat kerja secara langsung dan tidak langsung. Walau bagaimanapun, Nicole kecewa apabila beliau dan Martin memberitahu bos mereka mengenainya, ia tidak diendahkan pula.

‘Bos saya berkata “Terdapat seribu sebab mengapa pelanggan bertindak balas dengan cara yang berbeza. Boleh jadi kerana bebanan kerja, prestasi… Anda tidak tahu.”

Nicole tertanya-tanya cara apa yang paling berkesan untuk menyedarkan bosnya tentang seksisme. Sejak kejadian itu, Nicole telah berhenti kerja di firma itu dan menjadi seorang penulis.

Era Baru 

Kategori:GAYA HIDUP Kerjaya

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...