INSPIRASI, VIDEO

Bayi orangutan dijumpa dalam keadaan diawet dan berendam dalam kotak air kencing…

Bayi orangutan dijumpa dalam keadaan diawet dan berendam dalam kotak air kencing…

Gito merupakan seekor bayi orangutan berusia 5 bulan ditemui dibungkus di dalam sebuah kotak kadbod yang direndam dalam air kencing. Hampir tidak bernyawa, bayi orangutan itu diawet tanpa apa-apa perlindungan dari sinaran matahari.

Sebagai hakikatnya, pasukan penyelamat menganggap bayi orangutan itu sudahpun mati apabila mula dijumpai dan melaporkan ini adalah salah satu kes yang kejam dan mengejutkan yang pernah mereka hadapi.

Ibunya telah dibunuh oleh pemburu haram, dan Gito yang menjadi anak yatim telah menjadi haiwan peliharaan oleh seorang ketua kampong di Borneo Barat. Satu-satunya makanan yang diberikan kepadanya adalah susu pekat.

“Dia terbaring seperti mayat dengan lengannya yang dilipat di dada dan dengan kekurangan bulu, kulitnya menjadi kelabu seperti abu-abu, membuatkannya kelihatan hampir mati diawet di dalam kotak itu,” kata pekerja IAR.

“Pasukan kami telah mendapati peningkatan jumlah bayi orangutan yang dipelihara sebagai haiwan kesayangan dan sebahagian daripadanya baru sahaja diambil dari hutan,” kata ketua Penyelamat Haiwan Antarabangsa (IAR), Alan Knight.

Para penyelamat perlahan-lahan membawanya ke atas motosikal mereka dan meredah perjalanan yang agak jauh selama 9 jam untuk menyelamatkannya.

Gito bernasib baik mampu untuk bertahan hidup. Kakitangan di sana mendiagnosisnya dengan kudis sarcoptic dan dia berada di dalam keadaan yang sangat lemah sehingga dia terpaksa dibantu untuk duduk.

Dia segera diberi rawatan rapi untuk diselamatkan, minyak kelapa pula disapu pada kulitnya untuk merawat kulitnya yang meradang.

Gito berada dalam keadaan selamat dan diharap akan dapat pulih sepenuhnya walaupun dia bakal melalui jalan yang agak sukar di hadapannya.

Terima kasih kepada IAR di atas semua kerja dan usaha mulia yang telah mereka lakukan.

Berikut merupakan video detik-detik usaha untuk menyelamatkan Gito:

Era Baru

Kategori:INSPIRASI VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...