Keluarga, VIDEO

【Video】Cemas! Gadis cilik ini hampir menemui ajal setelah terjatuh

【Video】Cemas! Gadis cilik ini hampir menemui ajal setelah terjatuh

Pada 22 Julai yang lalu, anak kecil kepada Erin Cumiskey yang baru berusia 11 bulan, bernama Madeline, berada di rumah pengasuhnya di Plano, Texas apabila secara tiba-tiba anak kecil itu terjatuh menerusi tingkap di tingkat 2.

Mungkin pengasuh berkenaan terlupa untuk menutup tingkap tersebut atau sengaja membiarkan ianya terbuka asalkan langsir tertutup. Malangnya, Madeline pula menjadi mangsa ketika beliau bersandar pada skrin tingkap berkenaan menyebabkan ianya tertolak. Erin sangat takut dan risau sewaktu menjemput anaknya pulang.

“Sesampai sahaja saya di sana, saya melihat tingkap berkenaan kerana saya tahu itulah tingkap yang menyebabkan anak saya terjatuh”, kata Erin.

Facebook / Hannah Davis

Madeline yang comel tersebut dikejarkan ke Pusat Perubatan Kanak-Kanak Dallas di mana doktor mengesahkan beliau mengalami keretakan tulang dan lebam-lebam pada tubuhnya.

Facebook / Hannah Davis

Peristiwa berkenaan mampu meragut nyawa Madeline namun, syukurlah beliau selamat. Beliau hanya ditahan di wad selama seminggu sebelum dibenarkan pulang.

Facebook / Hannah Davis

Beliau masih dalam proses penyembuhan dan dijangka akan sihat sepenuhnya kelak. Apa yang pasti, Erin sangat bersyukur dan kini memberi peringatan kepada ibu bapa lain mengenai perihal keselamatan terutamanya tingkap agar ia mampu menyelamatkan nyawa kanak-kanak lain.

Facebook / Hannah Davis

Untuk kisah lanjut mengenainya (termasuklah tips keselamatan tingkap), sila tonton video di bawah:

Era Baru

Kategori:Keluarga VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...