Berita Hiburan, INSPIRASI, Pesona

Yuna: “Saya jatuh cinta dengan kawan baik sendiri. Namun dia tidak tergila-gilakan saya.”

Yuna: “Saya jatuh cinta dengan kawan baik sendiri. Namun dia tidak tergila-gilakan saya.”

Cinta mungkin merupakan perkara paling penting dalam dunia yang kita diami ini. Tanpa cinta, tidak wujud kemesraan sesama ahli keluarga, rakan taulan, kekasih, mahupun orang yang tidak dikenali.

Yuna, seorang penyanyi dan penggubah lagu kebanggaan Malaysia, baru-baru ini beliau telah mengikat tali pertunangan dengan Adam Sinclair, seorang pengarah tempatan.

Source: Elle

Bersesuaian dengan itu, satu halaman yang ditulis Yuna pada 9 Oktober 2016 di akaun Tumbler miliknya tersebar luas  di media sosial dan ianya mungkin antara kata-kata terindah yang pernah terungkap. Sungguh!

Hayatilah bait-bait kata tulisan Yuna:

“Saya jatuh cinta dengan kawan baik sendiri. Namun, dia tidak tergila-gilakan saya. Dia agak ragu-ragu tentang saya. Itu juga bermaksud dia sangat berhati-hati untuk membenarkan sesiapa sahaja memasuki kehidupannya.”

“Dia bukan lah orang yang pandai meng’ayat’, namun dia sentiasa menjawab panggilan telefon saya.”

“Dia tidak menjaja hubungan kami di media sosial. Saya bukanlah barang permainannya yang bergemerlapan. Sayalah permata hatinya yang tersembunyi.”

“Saya bukan yang terutama. Dia ada ibu bapanya, anak-anak buahnya yang menawan, adik-beradiknya, kesihatannya, kehidupannya.”

“Dia tidak cemburu jika saya berbual dengan rakan sebaya atau rakan sekerja lelaki yang lain, dia biarkan sahaja saya mematangkan diri. Dia tidak ambil peduli yang saya mempunyai sejumlah 2 juta pengikut. Namun dia tahu 10 kawan rapat saya dan kesemua nama mereka.”

“Dia tidak ingat pun tajuk lagu-lagu saya, namun dia tidak lupa hari jadi anak buahnya.”

“Dia tidak mengabaikan rakannya untuk saya. Sahabat-sahabatnya sentiasa ada apabila dia memerlukan mereka sebelum saya menjengah masuk ke dalam hidupnya.”

“Dia tidak terus-menerus bersetuju dengan buah fikiran saya. Dia menegur jika saya salah. Dan jika saya benar, dia juga mengakuinya.”

“Selama ini takrifan saya mengenai cinta adalah cara seseorang lelaki itu meluahkan perasaannya, dengan sejambak bunga di depan pintu, berpucuk-pucuk surat mengungkap rindu, menyerahkan segala jiwa dan raganya kepada saya, namun di sini ada lelaki ini, yang hanya mahu memastikan dia boleh menjadi yang terbaik untuk dirinya, keluarga dan dunia. Pada akhirnya, dia memberitahu saya segala-galanya. Semua perkara yang dia lakukan dan juga yang dia tinggalkan. Tidak pasti sebabnya, dia mahu berkongsi semuanya dengan saya.”

“Pada akhir setiap perbualan kami, dia memberitahu saya yang dia juga cintakan saya.”

“Sayalah kawan baiknya. Oleh kerana itu, sayalah wanita yang paling bertuah dalam dunia.”

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...