INSPIRASI, Kebenaran

Kenapa ramai pelajar dan sarjana terseksa di China?

Kenapa ramai pelajar dan sarjana terseksa di China?

Disebabkan hanya mereka membuat keputusan untuk melakukan meditasi yang ringkas pada setiap hari dan menjadi warga yang lebih baik dengan mengamalkan sifat Sejati, Baik dan Sabar dalam kehidupan seharian mereka, pelajar-pelajar China ini telah dilarang untuk memasuki mana-mana sekolah atau kolej.

Diharamkan dari bersekolah jika anda melakukan meditasi ini di China!

Chinese Communist Party (CCP) atau Parti Komunis China telah menolak sistem pendidikan kepada ribuan pelajar, sekaligus ia menghancurkan harapan mereka untuk memiliki masa depan yang cerah hanya kerana mereka mengamalkan Falun Gong, iaitu amalan meditasi damai bukan politik.

Amalan tersebut bebas diamalkan di lebih dari 114 buah negara, termasuk Malaysia. Malangnya, China merupakan negara asal Falun Gong, tetapi ia juga adalah satu-satunya negara di dunia yang melarang amalan itu.

Sudah menjadi pengetahuan umum berkenaan dengan pemerintahan CCP, yang merupakan sebuah kerajaan ateis yang mengisytiharkan diri mereka sendiri di China dan telah menafikan hak rakyat mereka untuk menyembah dan memilih kepercayaan mereka, walaupun hak kebebasan kepercayaan mereka telah dijamin di bawah perlembagaan China.

Semasa Revolusi Kebudayaan (1966-76), pihak kerajaan telah memusnahkan banyak tempat dan artifak agama, termasuk kuil Buddha dan gereja.

Pada tahun 1986, seramai satu juta orang yang kebanyakan mereka terdiri daripada golongan pelajar telah mengadakan bantahan untuk memperjuangkan demokrasi bertempat di Tiananmen Square dan mereka telah diserang dengan kereta kebal dan tentera pihak CCP.

Ribuan para pelajar dan keluarga mereka juga telah ditangkap dan dibunuh secara kejam.

Manakala Falun Gong pula telah berada di bawah penindasan yang teruk selama 18 tahun, semenjak tahun 1999 sehingga kini.

Pada tahun-tahun awal penganiayaan berlaku di China, pengamal Falun Gong telah menuntut di Tiananmen Square supaya mereka dibenarkan mengamalkan disiplin rohani ini.

Bukankah kita semua seharusnya hidup di dalam dunia bebas dengan hak asasi manusia?

Bayangkan jika perkara itu berlaku di negara kita, kepada pelajar dan keluarga kita. Bayangkan kerajaan kita menafikan hak kita untuk memiliki agama dan bagaimana jika mereka membunuh kita kerana iman kita! Betapa seksa dan kejam!

Penindasan terhadap Falun Gong adalah satu rahsia yang dijaga oleh pihak CCP di belakang dinding besi, jauh dari pandangan mata pihak media.

Para pengamal dipenjara dan diseksa, anak-anak mereka menjadi miskin, rumah mereka digeledah dan dirompak oleh pihak polis. Malah organ mereka dirampas dan dijual untuk mendapatkan keuntungan. Kekejaman terhadap kemanusiaan ini terus berlaku walaupun hingga ke hari ini.

Amalan ini (juga dikenali sebagai Falun Dafa) telah terbukti sangat bermanfaat untuk minda dan tubuh badan, seperti yang dijamin oleh berjuta-juta pengamal Falun Gong di seluruh dunia.

Hari Falun Dafa Sedunia yang dirayakan pada 13 Mei dan tahun ini merupakan ulang tahun yang ke-25 pengenalan Falun Dafa kepada orang ramai. Pada majlis khas ini, janganlah kita lupa terhadap pengamal-pengamal China ini yang telah merana seksa di dalam penjara.

Marilah kita mendedahkan kebenaran dan mewujudkan kesedaran!

Anda juga boleh membantu! Sila sebarkan maklumat tentang penindasan terhadap Falun Gong ini, yang kini telah memasuki tahun ke-18. Kongsikan bersama keluarga dan rakan-rakan anda.

Di samping itu, anda juga boleh menyelamatkan nyawa dengan menandatangani petisyen di StopMurderForOrgans.com.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI Kebenaran

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...