Aneh, GLOBAL, VIDEO

【Video】Berkelakuan aneh sepanjang 7 jam penerbangan, siapa sangka remaja lelaki ini melakukan sesuatu di luar jangkaan selepas pesawat mendarat

【Video】Berkelakuan aneh sepanjang 7 jam penerbangan, siapa sangka remaja lelaki ini melakukan sesuatu di luar jangkaan selepas pesawat mendarat

Pada 1 Ogos lalu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun telah ditahan tidak lama selepas pesawat yang membawanya dari Panama City mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.

Menurut para penumpang lain, remaja itu dilihat terbang bersendirian dan kelihatan tertekan dan mengalami gangguan emosi sepanjang penerbangan Copa Airlines selama tujuh jam dari Panama City.

Selain itu, remaja lelaki itu juga kelihatan resah gelisah dan berada seolah-olah dalam keadaan cemas. Walaupun keadaan remaja itu yang dilihat sangat tidak stabil, tiada siapa pun yang menjangka bahwa remaja lelaki itu akan melompat keluardari pesawat itu selepas beberapa minit pesawat itu mendarat.

Dia duduk di barisan keluar, dan beberapa minit selepas pesawat mendarat, dia membuka pintu kecemasan dan meluncur dari sayap ke arah tarmac

Petikan / ABC News

Tiada siapa yang tahu mengapa dia berbuat demikian, tetapi ia mungkin ada kaitan dengan keadaan emosinya.

Petikan / ABC News

Krew pembinaan lapangan terbang tersebut walau bagaimanapun berhasil menahan remaja tersebut yang merupakan warga Amerika Syarikat sehingga polis tiba. Walaupun dia melanggar undang-undang persekutuan, Pegawai Grace Gatpandan berkata dia tidak akan didakwa oleh pihak berkuasa tempatan.

Petikan / ABC News

Remaja tersebut terus dibawa ke hospital untuk menerima rawatan mental. Diharapkan remaja lelaki itu mendapat bantuan yang diperlukan.

Tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian ini:

Era Baru

Kategori:Aneh GLOBAL VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...