HIBURAN, VIDEO

【Video】Singa laut mengigau sambil berdengkur bakal mencuit hati anda

【Video】Singa laut mengigau sambil berdengkur bakal mencuit hati anda

Pernah tak anda melihat gelagat comel haiwan peliharaan anda sama ada kucing mahupun anjing ketika bermimpi?

Melihat tapak kakinya bergerak-gerak seperti sedang bermimpi dikejar raksasa besar ataupun matanya terkebil-kebil dan mulutnya terbuka luas membuatkan anda berasa lucu dan tersenyum pada ketika itu.

Tidak pasti sama ada haiwan-haiwan lain juga turut mengalami mimpi tetapi baru-baru ini, sebuah zoo di Great Britain iaitu Zoo Dudley telah menyiarkan satu rakaman video yang sangat comel berkenaan seekor singa laut Patagonian mengeluarkan bunyi-bunyi aneh semasa tidur.

Gambar hiasan/ pixabay

Pihak zoo tersebut turut memaklumkan bahawa singa laut sememangnya memiliki kelakuan yang agak unik ketika sedang tidur kerana separuh dari otaknya masih terjaga dan separuh lagi bahagian otak pula sedang berehat pada masa yang sama. Kitaran tidur yang terpisah ini disebut sebagai gelombang tidur perlahan Unihemispheric.

Lihatlah aksi comel singa laut yang sedang lena dibuai mimpi ini. Kadangkala ia kedengaran seperti berdengkur, kadangkala ia menggerakkan badannya seperti sedang mengigau.

Apa-apa pun, keletahnya sangat mencuit hati kita semua.

Era Baru

Kategori:HIBURAN VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...