GAYA HIDUP, Keluarga, KESIHATAN

Kulat dijumpai tumbuh tersembunyi di dalam injap cawan Sippy. Jika anda pengguna produk Tommee Tippee, segera periksa cawan anda

Kulat dijumpai tumbuh tersembunyi di dalam injap cawan Sippy. Jika anda pengguna produk Tommee Tippee, segera periksa cawan anda

Menjijikkan apabila pengguna cawan Sippy jenama Tomme Tippee menemui kulat dalam injap cawan tersebut.

Seorang pengguna Facebook yang begitu prihatin, Penny Powell telah berkongsi cerita tentang Simon O’kanada yang sering tertanya-tanya mengapa anaknya masih sakit telah bertindak dengan memecahkan penutup tahan-tumpahan cawan Sippy jenama Tommee Tippee.

Dia sangat terkejut apabila menemui kulat pada penutup itu kerana ianya tidak dicuci dan tidak dapat dilihat kecuali jika penutup itu dipecahkan.

O’kanada menghubungi syarikat itu untuk memberitahu masalah tersebut dan mendapatkan panduan untuk menanganinya.

Beberapa ibu dalam kumpulan Facebook lain juga menjumpai kulat selepas membaca post Powell tersebut.

Powell mengingatkan kepada semua pengguna cawan Sippy jenama Tommee Tippee supaya memberi perhatian khusus mengenai kejadian itu dan mengharap mereka berkongsi kisah itu kepada orang lain juga.

Selepas menerima beberapa mesej dari ibu bapa yang telah membuka penutup tahan-tumpahan cawan Sippy anak-anak mereka dan mengalami masalah yang sama, Powell mencadangkan supaya mereka terus membuat aduan kepada perlindungan pengguna dan juga perkhidmatan pelanggan syarikat tersebut.

Penutup tahan-tumpahan ini kelihatan bersih daripada luaran

Namun selepas penutup tahan-tumpahan ini dipecahkan, mereka terkejut apabila menemui kulat yang tumbuh di dalam penutup itu

Lihatlah betapa banyaknya kulat yang tersembunyi, sungguh menjijikkan

Nampaknya ramai ibu bapa yang menggunakan cawan Sippy jenama Tommee Tippee mengalami masalah yang sama

Kebanyakkan ibu bapa berkata mereka telah membasuh cawan Sippy ini dengan bersih sama ada menggunakan tangan sendiri atau menggunakan mesin membasuh pinggan (dishwasher) namun tidak menyangka ada kulat yang tumbuh secara tersembunyi di dalam penutup tahan-tumpahan itu.

Selepas mendapat banyak aduan yang sama daripada pengguna cawan Sippy jenama Tommee Tippee ini, syarikat tersebut akhirnya tampil memberikan kenyataan.

Menurut wakil syarikat Tommee Tippee tersebut dalam Facebook:

“Kami belajar dan hasil daripada aduan tersebut, sesetengah orang tidak berpuas hati dengan hasil injap Sippy yang digunakan dalam cawan Sippy kami. Kami memohon maaf atas kesulitan itu dan kami memberi jaminan bahawa kami sedang giat menangani masalah ini.”

Mereka juga menunjukkan gambarajah bagaimana cara yang betul untuk membersihkan cawan Sippy tersebut kepada ibu bapa.

Bagaimanapun terdapat ibu bapa yang memberi komen balas tentang cara membasuh cawan Sippy itu.

Kredit: Facebook

“Injap tidak boleh ditanggalkan, lubang-lubang itu bersih tetapi bahagian dalamnya. Saya menasihatkan anda untuk memeriksanya! Ia tidak buruk seperti gambar-gambar lain tetapi ia masih tidak bersih. “

Kredit: Facebook

“Ini adalah pengawal tahan-kebocoran botol anak saya … Tetapi ia telah dibersihkan dengan betul dan kerap, kami terpaksa memecahkan bahagian atas untuk menjumpai ini. Saya suka jenama anda dan produk anda. Walau bagaimanapun, mengenai injap, inilah masalah sebenar … “

Kesan daripada aduan yang banyak diterima daripada pengguna cawan Sippy itu, Tommee Tippee bercadang untuk melancarkan cawan Sippy yang baru dalam beberapa bulan yang akan datang. Cawan baru itu akan mempunyai dua keping injap yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis cecair dan lebih mudah untuk dibersihkan.

Pada masa yang sama, Tommee Tippee juga membuat injap lut sinar yang membolehkan ibu bapa melihat ke dalam dan memberi mereka keyakinan bahawa injap itu bersih dan bebas kulat.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...