GLOBAL, INSPIRASI

Remaja perempuan India menangani masalah pembaziran makanan dengan menghasilkan ciptaan INI

Remaja perempuan India menangani masalah pembaziran makanan dengan menghasilkan ciptaan INI

Pembaziran makanan menjadi satu isu yang sangat besar di India. Mengikut United Nations Development Programme, hampir 40% penghasilan makanan di negara ini adalah satu pembaziran. Ia juga menjadikan punca kekurangan makanan satu isu di India.

Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk mendapatkan idea tersebut tetapi alatan ini adalah usaha yang dihasilkan oleh seorang remaja perempuan, Dikshita Khullar. Beliau berjaya memberi satu harapan yang baharu untuk menyelesaikan masalah ini.

Swachch India

Dikshita adalah seorang pelajar dari G.D Goenka Public School .”Dari pada mula lagi, saya selalu mengambil berat dalam isu alam sekitar ini dan ingin mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah ini.” katanya semasa ditemubual oleh Swachch India.

Dikshita sentiasa meluangkan masa bersama ahli keluarga di kebun dan dari situ lah dia dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh petani dan orang tengah iaitu kekurangan tempat untuk menyimpan barang.

Facebook | Indianism

Beliau mendapat satu idea untuk mencipta tempat simpanan bagi menyimpan barang yang mudah rosak. Dikshita menggunakan pengetahuan sains untuk menghasilkan “Magic Fridge” yang tidak memerlukan sebarang bekalan elektrik dengan kos yang lebih rendah daripada harga peti sejuk di pasaran.

“Bayangkan satu petak besar yang diperbuat daripada batu bata dan lagi satu petak kecil yang dibina di dalam satu petak besar tersebut. Ia meninggalkan ruang di antara kedua-dua struktur yang dapat diisi pasir ke dalamnya.

Pada bahagian atas ruang tersebut ditutup dengan penutup buluh dan itu sahaja yang digunakan untuk struktur ini.” jelasnya tentang ciptaan tersebut.

India Mantra

Tempat penyimpanan itu dapat menyimpan lebih daripada 128kg sayur dan dapat menyimpan selama 7 hari.

Hasil ciptaannya dapat memberikan impak dalam penyimpanan makanan di India. Semoga ia dapat megurangkan pembaziran makanan yang dihadapi pada hari ini.

Era Baru

Kategori:GLOBAL INSPIRASI

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...