GAYA HIDUP, Kebenaran, Keluarga, KESIHATAN

Peluang hidup kedua setelah bergelut dengan kematian

Peluang hidup kedua setelah bergelut dengan kematian

Sebelum berpindah ke luar negara dan menetap di Toronto pada 1997, Fengying Mao merupakan seorang jururawat di China dan juga merupakan seorang pesakit yang mengalami penyakit yang sungguh teruk. Kisah hidup menunggu kematian hampir 20 tahun, akhirnya diberi peluang kedua,

Selama 18 tahun, Fengying Mao disahkan menghidap penyakit hepatitis C, penyakit yang sukar untuk diubati. Pelbagai cara dilakukan hanya untuk meredakan penyakit ini.

Pernah ditahan wad sehingga 6 bulan lamanya, dan juga dirawat oleh doktor yang terkenal tetapi mereka hanya dapat mengawal simptom bukannya penyakit. Pelbagai cara dilakukan termasuk qigong, ubat tradisi cina, herba dan juga bersembahyang tetapi semuanya tidak menjadi.

Antara cabaran yang dihadapi Fengying Mao adalah keletihan yang keterlaluan, kelesuan, pendarahan gusi dan simptom yang berlainan. Bukan hanya penyakit lama semakin teruk, penyakit baru muncul gastritis atropik, pyelitis, nefritis, dan tekanan darah yang rendah. Untuk menambah kesulitan, anak perempuan Fengying Mao juga memiliki hepatitis sejak lahir, juga mempunyai sirosis hati pada usia enam tahun.

Doktor yang merawat Fengying Mao menyatakan bahawa jangka hayat beliau hanya dianggarkan lebih kurang setahun. Walaupun berusia 30-an, Fengying Mao nampak tua dan cengkung seperti berumur dua kali ganda dari umurnya. Dek kerana kesakitan yang ditanggung Fengying Mao susah untuk mengawal kemarahan. Walaupun ayahnya dan juga anak perempuanya juga mempunyai kondisi penyakit yang rendah, beliau sering menjerit dan juga memukul anaknya.

Fengying Mao juga pernah berkeinginan untuk membunuh diri, tetapi akibat perasaan sayangnya terhadap ayah dan anaknya dia membatalkan niat tersebut,

Julai 22, 1996 merupakan tarikh yang tidak akan dilupakan oleh Fengying Mao. Dia telah berjumpa seorang wanita tua yang berkongsi pengalaman dalam mengubati penyakit yang juga dialami oleh Fengying Mao. Latihan berasaskan qigong dipanggil Falun Gong dikatakan mampu merawat penyakit Fengying Mao. Setelah mengamalkan kaedah latihan tersebut selama sebulan, penyakit yang dialami oleh Fengying Mao dan juga anak perempuanya telah pulih. Penyakit yang sudah hampir 18 tahun di dalam badan Fengying Mao hilang hanya dalam masa beberapa minggu. Doktor yang merawat beliau juga terkejut hinggakan tiada penjelasan perubatan diberikan.

Oleh kerana penyakit terdahulunya tidak mempunyai tempoh haid selama bertahun-tahun dan mustahil bagi seseorang yang mempunyai simptom seperti Fengying Mao untuk hamil.

Fengying Mao selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki pada tahun 1997. Beliau juga menyatakan sukar untuknya menjelaskan perubahan dramatik dalam badanya setelah mengamalkan Falun Gong.

Oleh Fengying Mao

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...