KESIHATAN

Tidak endah bintil mata? Jangan! Ketahui punca dan cara rawatannya

Tidak endah bintil mata? Jangan! Ketahui punca dan cara rawatannya

Kebanyakan kita biasanya menggelabah apabila jerawat atau bintil muncul pada bahagian muka yang paling menonjol seperti pipi dan dahi.

Apabila muncul tompokan pada mata kebanyakan kita tidak mengambil endah kerana ia kurang jelas kelihatan dan boleh disembunyikan dengan solekan.

Tompokan ini biasanya akan hilang sendiri. Jadi, bukankah elok dibiarkan sahaja? Salah!

Menurut pakar, sebahagian bintil dan jerawat boleh menyebabkan komplikasi yang memerlukan perhatian doktor dan pakar oftalmologi. Anda mungkin mengalami masalah mata berair, malah lelehan akibat kerengsaan dan jangkitan yang tidak dirawat.

Ketahui jenis bintil yang memerlukan perhatian perubatan:

Berikut merupakan beberapa punca terjadinya bintil atau jerawat yang tumbuh pada kelopak mata dan kaedah rawatannya.

1) Styes

Styes adalah bintil kecil berwarna merah yang tumbuh di atas atau berhampiran bibir mata anda.

Bintil boleh menjadi agak sakit dan gatal. Bintil juga sebenarnya boleh menyebabkan kesakitan jika terkena jangkitan.

Lebih memburukkan keadaan jika bintil bertukar menjadi tompokan yang kelihatan seperti bisul dan sista. Bintil juga boleh tumbuh di dalam kelopak mata anda dan ini dinamakan sebagai hordeolum dalaman.

Bintil terbentuk apabila kelenjar minyak di bahagian dalam kelopak mata tersumbat, seterusnya menjerat bakteria dan mengakibatkan jangkitan. Bintil-bintil ini akan dipenuhi nanah.

Rawatan:

Berikan tekupan hangat ke kawasan jangkitan sekitar 5 hingga 10 minit, dan boleh ulangi sehingga 6 kali sehari untuk mempercepatkan penyembuhan.

Gunakan tuala bersih yang direndam dalam air suam sebagai tekupan. Anda juga boleh menggunakan gel aloe vera asli untuk merawat; hanya biarkan sapuan gel di kawasan jangkitan selama 20 minit dan basuh muka dengan air suam. Lakukan ini sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

2) Kalazion

Apabila kelenjar minyak menjadi betul-betul tersumbat, gumpalan boleh membentuk menjadi kalazion. Kalazion agak sakit jika tersentuh namun secara amnya ia tidak mendatangkan kesakitan. Akan tetapi, kalazion boleh menghalang penglihatan anda jika gumpalan membesar.

Rawatan:

Tekupan hangat juga merupakan penyelesaian untuk kalazion. Cara yang sama digunakan sepertimana rawatan untuk styes.

3) Konjunktivitis

Juga dikenali dengan panggilan mata merah jambu, ia merupakan jangkitan viral yang menyebabkan kelopak mata membengkak.

Dalam keadaan yang lebih teruk, lelehan berlaku. Rangsangan alahan boleh dicetuskan oleh tungau habuk, debunga, dan bulu binatang. Tanda alahan adalah termasuk mata menjadi kemerahan, gatal, bengkak, dan pedih di sekitar kawasan jangkitan.

Rawatan:

Letakkan uncang teh suam pada kelopak mata untuk mengurangkan bengkak. Uncang teh sejuk juga dikatakan boleh bertindak dengan lebih berkesan. Biarkan selama 10 minit, dan ulangi sehingga 4 kali sehari sehingga bengkak dan kemerahan mata hilang.

4) Papillomas

Juga dikenali sebagai polip kecil kulit, papillomas terjadi disebabkan virus papilloma dan secara amnya ia tidak merbahaya. Sesetengah orang membuangnya atas sebab kosmetik atau kerana ia mengganggu penglihatan mata.

Rawatan:

Hanya doktor yang boleh membuang lebihan kulit ini. Hindarkan daripada membuat rawatan di rumah.

5) Milia

Ini ialah jerawat kecil berwarna putih yang terbentuk pada kelopak mata atau di sekitar kawasan mata. Bintil ini sebenarnya merupakan sista kecil yang dipenuhi dengan sejenis protein yang dipanggil keratin.

Tompokan milia tidak merbahaya dan tidak perlu dibuang.

6) Xantelasma

Xantelasma merupakan timbunan kolesterol yang terbentuk menjadi bintil kekuningan atau warna kulit.

Selalunya bintil ini didapati di atas kelopak mata. Jika ada, anda disyorkan untuk berjumpa doktor kerana ia merupakan petunjuk kepada masalah kesihatan terutamanya penyakit jantung.

Rawatan:

Elakkan kadar kolesterol yang tinggi untuk menghalang gumpalan daripada terus membesar. Walaupun tidak merbahaya, ada orang yang memilih untuk membuangnya kerana ia tidak cantik untuk dipandang.

Era Baru

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...