KESIHATAN, VIDEO

Nafas anda berbau? Mungkin mulut anda mempunyai batu tonsil!

Nafas anda berbau? Mungkin mulut anda mempunyai batu tonsil!

Kebanyakan kita mempunyai nafas berbau yang dapat dihilangkan dengan memberus gigi dan berkumur. Tetapi ada juga yang mempunyai nafas berbau begitu teruk dan kronik.

Nafas berbau akan membuatkan seseorang itu berasa malu untuk bercakap dengan orang lain. Jika nafas berbau anda tidak hilang walaupun selepas memberus gigi atau berkumur, pergilah berjumpa doktor untuk memeriksanya.

Batu tonsil adalah disebabkan oleh batu yang terperangkap di dalam lubang yang terhasil daripada tonsil. Lubang tonsil ini memerangkap makanan, sel mati, dan bakteria. Dengan bantuan lebihan kalsium, akhirnya ia mengeras menjadi seperti batu.

Batu ini akan melekat pada tonsil dan akan berada di situ tanpa diketahui

Jadi bayangkan batu ini berada di tonsil anda sudah bertahun lamanya. Bayangkan bau yang terhasil apabila anda membuka mulut anda.

Selain daripada nafas berbau, batu tonsil juga boleh menyebabkan kesakitan dan jangkitan di telinga. Semakin besar batu tersebut membesar, ia akan menjadi lebih bermasalah.

Terdapat dua cara untuk membuang batu tonsil ini.  Jika kedudukannya tidak terlalu dalam, anda boleh membuangnya dengan menggunakan berus gigi atau kapas pembersih. Ada yang mengesyorkan berkumur dengan air garam sehingga ia terkeluar.

Tekan dengan lembut dan berhati-hati sehingga batu tersebut tertanggal

Jika ia terlalu dalam atau sakit, rujuk doktor gigi untuk membuangnya. Kamu dapat mencegah batu tonsil dan menyelamatkan diri kamu daripada malu mempunyai nafas berbau teruk.

Kebersihan mulut adalah wajib, jadi anda perlu kerap memberus gigi dan berkumur dengan permbersih mulut atau air garam. Anda juga perlu untuk berhenti merokok dan meminum air yang mencukupi.

Tonton video di bawah untuk mengetahui mengenai batu tonsil secara lebih lanjut:

Era Baru

Kategori:KESIHATAN VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...