‘Tsunami mega’ setinggi 328 kaki yang telah menelan 11 buah rumah di Karat Fjord, Greenland dan membunuh 84 orang penduduk, dicetuskan oleh tanah runtuh, pakar sains mendedahkan.

Dalam sebuah laporan, pakar sains dari Georgia Institute of Technology mendapati gelombang setinggi 200 meter yang menghentam Greenland bulan lepas, agak menghairankan berlaku disebabkan oleh runtuhan tanah tinggi yang sangat besar. Pakar sains juga menekankan peristiwa itu sebagai petanda ‘ancaman baru perubahan iklim’.

Laporan juga memberi amaran kepada penduduk setempat di Greenland tentang gelongsoran tanah yang masih aktif di kawasan berhampiran, dan runtuhan tanah mungkin berlaku bila-bila masa dalam waktu terdekat.

Dalam laporan Daily Mail, profesor Hermann Fritz dari Georgia Tech menyatakan:

“Ini merupakan situasi yang begitu unik kerana terdapat gelongsoran tanah berhampiran yang aktif akan tetapi runtuhan masih belum berlaku.”

Walau bagaimanapun, persoalan yang masih berlegar dibenak orang ramai dan juga pakar sains adalah: apakah sebenarnya yang menyebabkan berlaku tanah runtuh? Tidak seperti tsunami di Lituya Bay, Alaska, tiada aktiviti tektonik berlaku semasa kejadian yang baru menimpa ini, malah gempa bumi juga bukan puncanya.

“Terdapat kemungkinan yang pengaliran air daripada ais mencair (‘meltwater’) telah melonggarkan cenuram secukupnya untuk menyebabkan keruntuhan besar,  dan meltwater pula dikaitkan dengan penambahan suhu musim panas,” sepertimana kenyataan laman sesawang IFLScience.

Pakar sains juga menjelaskan bahawa gelombang besar setinggi 300 kaki yang dihasilkan oleh tanah runtuh telah mencecah ketinggian 90 meter pada bahagian yang sama di bibir pantai, dan 50 meter tinggi pada kawasan bertentangan.

“Penyebaran separa-lingkaran gelombang tsunami yang pada dasarnya dilihat agak tenang mengakibatkan penyusutan ketara ketinggian runup tsunami yang telah dikaji berbanding ketinggian tsunami awal,” kata Fritz.

Namun begitu laman sesawang itu menafikan kenyataan pakar sains bahawa tsunami mega terjadi kerana perubahan iklim.

“Mungkin, tetapi masih terlalu awal untuk dinyatakan,” katanya.

“Namu begitu, ada satu perkara yang pasti: semakin banyak perubahan iklim berlaku, semakin kerap tsunami mega terjadi,” laman sesawang itu memberi kenyataan.

Tsunami adalah gelombang yang berlaku disebabkan oleh pergerakan mengejut  laut. Pergerakan ini pula terjadi disebabkan oleh gempa bumi dan tanah runtuh di dasar laut, tanah nendat ke dalam laut, letusan gunung berapi dan hentaman meteor di dasar laut.

Akan tetapi kebanyakan tsunami dicetuskan oleh gempa bumi yang berlaku sepanjang garisan sesar tertentu yang dipanggil ‘tujah’, yang mana pergerakan melibatkan satu bahagian sesar bergerak menuju ke bawah berbanding yang lain. Kejadian seperti ini membenarkan limpahan masuk air yang banyak dan seterusnya mencetuskan tsunami.

Faktor lain yang boleh menggalakkan lagi kekerapan tanah runtuh termasuk pemanasan suhu serta ribut dan taufan.

Pada petang 17 Jun, tsunami besar telah melanda Greenland menghanyutkan harta benda, rumah, dan sumber semula jadi yang lain hanya dalam masa lima minit. Walau bagaimanapun, 4 orang dilaporkan terselamat dari bencana ini.

Pada 1958, tsunami di Lituya Bay, Alaska dianggap sebagai yang terbesar pernah direkodkan dengan ketinggian 500 meter.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds