INSPIRASI, KESIHATAN, Kisah Inspirasi

Berhentilah menjemur kulit anda dengan sengaja! Pesan seorang ibu yang telah pulih dari kanser kulit

Berhentilah menjemur kulit anda dengan sengaja! Pesan seorang ibu yang telah pulih dari kanser kulit

Bagi Bethany Greenway yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat merasakan keadaan penyakit melanoma pada kulitnya tidaklah memberi sebarang peringatan atau suatu penyakit yang dirasakan mengancam dirinya. Kerana dia sudah biasa mempunyai jeragat dan bintik-bintik merah di keseluruhan kulitnya.

Kemudian Bethany yang berusia 39 tahun ini menyedari terdapat satu bintik merah yang besar di dahi kiri di atas kening matanya yang pada mulanya dianggap sebagai jeragat atau bintik merah gergasi yang biasa . Tambahan Bethany sedang mengandungkan anak keduanya dan fikirnya ia mungkin disebabkan oleh perubahan hormon.

Tidak diketahuinya dan agak mengejutkan yang ia sebenarnya adalah kanser kulit yang merbahaya yang akan dialami dan diharunginya selama 3 tahun.

Sumber :  Bethany Greenway

Kanser kulit pada Bethany dikesan pada tahun 2014 apabila dia menyedari terdapat bintik merah pada bahagian atas mata kirinya yang semakin membesar membentuk seperti tali lalat dan dia mulai berasa sakit. Melihat ibunya pernah mengidap penyakit melanoma pada umur 30 an, Bethany telah pergi berjumpa ahli dermatologi untuk memeriksa kulitnya yang berpendapat bintik itu tidak membahayakan.

Malangnya selepas pemeriksaan biopsi oleh doktor , didapati bintik itu adalah melanoma dan tahi lalat di bahagian tengah itu adalah desmoplastic melanoma , sejenis penyakit yang amat berlainan simptomnya dengan penyakit melanoma yang bintiknya berwarna kemerahan atau putih.

Sumber :  Bethany Greenway

Dan berdasarkan pemeriksaan dari penyakit melanoma itu doktor mengesahkan yang Bethany mengidap kanser kulit dan mereka perlu menjalankan pembedahan terhadap Bethany bagi membuang semua kulit dan otot yang dijangkiti kanser itu dari dahinya sebelum ia merebak ke tulang dan lebih membahayakan.

Bethany menjalani dua pembedahan pada bulan Ogos tahun lalu dengan membuang kanser itu dan menampal kulit dahi dengan kulit pehanya dan ia terpaksa dijahit dengan span khas dan dibalut selama seminggu sebelum dilekatkan dengan baik dan pulih.

Sumber :  Bethany Greenway

Untuk menghentikan sel melanoma dari merebak, Bethany telah menjalani rawatan radiasi dan suntikan imunoterapi pada kepala dan lehernya, yang menyebabkan mulutnya berasa seperti dibakar dan makanan yang dimakannya terasa seperti diracun.

Sumber :  Bethany Greenway

Bethany bertarung mengharungi dan berlawan dengan penyakit kansernya demi dua orang anak perempuannya yang berusia lima dan dua tahun.

Katanya, “Saya berasa amat berbaloi melawan penderitaan ini untuk masa 50 atau 60 tahun akan datang demi melihat anak-anak saya membesar dan ia adalah hadiah untuk anak-anak dan suami.”

Sumber : Bethany Greenway

Ahkirnya , selepas setahun berlalu Bethany Greenway telah pulih dari kanser tersebut dan parut di dahinya hanya sedikit berbekas. Dia menggunakan alat solek dan kening palsu untuk menutup parut itu.

Apabila keluar dari rumah Bethany menggunakan topi dan memakai losen pelindung cahaya matahari untuk memastikan tiada lagi cahaya merbahaya yang akan menjangkiti kulitnya menjadi kanser.

Sumber : Bethany Greenway

Pesan yang amat penting dari Bethany kepada semua yang suka berjemur di cahaya matahari dan pergi ke salon penggelap kulit, ” Berhentilah dari hobi berjemur dengan cahaya matahari  dan pergi ke salon untuk dengan sengaja menggelapkan kulit anda . Ia tidak akan membuat anda nampak bersinar. Ia akan merosakkan kulit anda dan merbahaya.”

Bethany Greenway kini aktif memberi kesedaran kepada orang ramai akan pengalamannya menghadapi penyakit kanser kulit dengan bekas pesakit kanser yang lain. Dia menyarankan kepada orang ramai supaya pergi mendapatkan bantuan dan nasihat dari pakar dengan segera apabila menyedari terdapat kesan dan simptom berlainan pada tubuh dari kebiasaan. Pemeriksaan awal akan sebarang tanda-tanda penyakit kanser amat perlu bagi menyelamatkan nyawa.

Era Baru

 

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...