The Great Tunnel telah didokumenkan dalam buku sejarah dan diketahui pihak tentera sejak tahun 1882. Namun, lokasi The Great Tunnel ini tidak diketahui ramai.

Beberapa pihak telah cuba untuk menjejaki lokasi terowong rahsia ini hampir 10 tahun yang lalu. Setelah mereka berhadapan dengan dinding bata setebal enam kaki, mereka rasa kecewa dan tidak dapat memasuki terowong itu.

Kredit: williamsontunnels

Kredit: williamsontunnels

Hanya beberapa minggu yang lalu di tapak Williamson Tunnels, selepas mereka mengorek terowong itu menggunakan JCB, mereka berjaya mengeluarkan biji bata yang dijadikan dinding terowong itu.

Pada mulanya mereka tidak mahu rasa begitu seronok. Menurut Chris Iles, yang merupakan sukarelawan Friends of the Williamson Tunnels, mereka masih tidak yakin sekiranya bata yang ditemui hanyalah bata biasa ataupun sebahagian daripada dinding terowong.

Namun, selepas mengetahui bata itu sebahagian daripada dinding itu, mereka rasa sangat teruja!

Sumber:  Liverpool Echo

Sumber:  Liverpool Echo

Walaupun terowong itu kini telah ditemui, ianya masih belum selamat untuk diakses. Para sukarelawan telah meletakkan kamera kecil untuk meneroka terowong itu. Ianya pasti mengambil masa bertahun untuk menggali terowong itu namun, para sukarelawan bertekad untuk menjadikan ia sebagai tempat selamat untuk semua.

Terowong itu merupakan sebuah labirin bawah tanah di bawah daerah Edge Hill, Liverpool yang dibina pada awal 1800-an.

Ianya telah dibina oleh seorang dermawan, Joseph Williamson.

Kredit: dailymail

Walau bagaimanapun, tujuan sebenar terowong itu dibina masih satu misteri.

Setakat ini, mereka telah menjumpai beberapa ratus artifak di dalam timbunan tanah terowong itu. Artifak itu termasuklah beberapa jenis tembikar dan barang berharga lain di zaman Victoria itu.

Kredit: williamsontunnels

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds