INSPIRASI, Pesona, VIDEO

[Video] Lihat cara sotong berterima kasih kepada individu yang melepaskannya ke dalam laut

[Video] Lihat cara sotong berterima kasih kepada individu yang melepaskannya ke dalam laut

Seorang lelaki menyelamatkan seekor sotong di Cyrene Reef di Singapura, dan lihat sendiri keajaiban berlaku apabila haiwan bersungut ini seolah menunjukkan reaksi penghargaan kepadanya kerana telah melakukan perkara baik.

Selepas diletakkan di dalam air, sotong kecil itu sedar bahawa dia kini sudah bebas untuk berenang di lautan yang luas. Kerana bersyukur, haiwan tersebut mahu menunjukkan tanda kesyukuran dan terima kasihnya kepada individu yang memberinya kebebasan.

Sudah tentu seekor sotong tidak boleh bercakap. Dia kemudian menunjukkan satu isyarat sebagai tanda penghargaanya kepada lelaki tersebut dan tindakannya ini mengejutkan individu tersebut.

Sotong kecil ini perlahan-lahan menuju ke arah kaki lelaki tersebut. Kemudian dia meletakkan sesungutnya di atas kaki lelaki tersebut sebagai tanda terima kasih sebelum berenang pergi.

Lihat keajaiban yang berlaku di dalam video ini:

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...