INSPIRASI, VIDEO

Atuk gagah menumbangkan 2 penjahat dan memberi mereka pengajaran mengenai kehidupan

Atuk gagah menumbangkan 2 penjahat dan memberi mereka pengajaran mengenai kehidupan

Menghormati mereka yang lebih tua sepatutnya menjadi amalan kepada semua setiap masa. Mereka [golongan tua] tidak seharusnya dilayan seperti mereka yang anda boleh buli dan belasah, serta percaya mereka tidak akan melawan kembali.

Sementara ramai orang yang lebih dewasa bertindak menghiraukan sikap golongan muda ini yang mempermainkan dan tidak menghormati mereka, ada juga yang cuba melawan balik, dan mengajar sebuah teladan yang berguna kepada golongan muda ini dengan cara yang mereka lebih fahami.

Di dalam video yang berdurasi 45 saat ini menunjukkan dua orang lelaki yang bersembang dengan seorang tua, dalam keadaan yang tidak menyenangkan.

Mereka kelihatan memaki dan memberi kata-kata yang tidak baik, menunjukkan tindakan tidak menghormati orang tua tersebut. Menurut laman berita Sepanyol, 24 Horas, dua orang lelaki baru sahaja keluar dari sebuah kedai membawa sebuah bag barangan, keluar pada masa yang sama dengan orang tua tersebut.

Orang tua tersebut yang tidak tahan dengan sikap dua pemuda tersebut bertindak memberi pengajaran mengenai kehidupan kepada mereka.

Orang tua tersebut menumbuk lelaki tersebut. Tatkala seorang pemuda lagi cuba menyerang orang tua tersebut, dia [orang tua] membalas dengan tumbukan lalu membuatkan lelaki itu rebah.

Rupa-rupanya, lelaki tu itu sebenarnya merupakan bekas ahli tinju, yang masih lagi tidak hilang keupayaannya.

Tonton video tersebut di sini:

Era Baru

Kategori:INSPIRASI VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...