NASIONAL

Bermula 14 Ogos, tiada lagi bayaran tunai di semua plaza tol

Bermula 14 Ogos, tiada lagi bayaran tunai di semua plaza tol
Mulai 14 Ogos, semua 177 plaza tol akan beroperasi secara transaksi elektronik sahaja. (Foto komposit)

KUALA LUMPUR – Sudahkah anda memiliki kad Touch n Go, PLUSMiles dan SmartTAG?

Jika belum, anda perlu memilikinya secepat mungkin sebelum 14 Ogos kerana pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali telah mengumumkan, semua 177 plaza tol akan beroperasi secara transaksi elektronik sahaja.

Kredit: KiniBiz

Sehingga kini, operasi transaksi elektronik hanya melibatkan 158 tol sahaja.

Dr Noor Azmi percaya bahawa, transaksi secara elektronik dapat mengurangkan kesesakan lalu-lintas  sehingga 15 % hingga 20 % serta mampu mengurangkan tekanan dan kemarahan pengguna jalan raya.

Langkah ini bertepatan dengan kajian yang mengatakan pembayaran tunai mengambil masa 15 saat manakala pembayaran melalui PLUSMiles dan Touch n Go hanya enam saat dan SmartTag tiga saat sahaja.

Kredit: MMO

Bagi pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2, kutipan tol secara elektronik akan bermula pada jam 12 tengah hari pada 14 Ogos 2017 yang melibatkan 19 plaza tol dari Karak ke Kuala Terengganu.

Kredit: HYPE

Selain itu, pusat khidmat pelanggan akan dibuka di Karak, Temerloh dan Kuantan supaya para pengguna boleh membeli kad dan tambah nilai kad elektronik yang beroperasi daripada 7 pagi hingga 10 malam.

Tunggu apa lagi? Cepat dapatkan kad elektronik bagi memudahkan perjalanan anda!

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...