Berapa ramai di antara anda yang tidur sambil telefon dicas di sebelah anda? Atau mungkin anak-anak kecil anda yang diberikan tablet atau telefon, dan mengecas gajet tersebut di sebelah mereka sewaktu tidur.

Menurut sebuah Jabatan Bomba Newton di New Hampshire, Amerika Sayrikat, mengecas barangan elektronik anda seperti telefon bimbit, tablet atau alat elektronik lain akan mendedahkan anda kepada bahaya letupan dan kebakaran khususnya. 

Kenyataan itu dikemukakan oleh jabatan bomba tersebut menerusi laman Facebooknya iaitu Newton NH Fire Department dan telah dikongsikan oleh pengguna laman sosial sebanyak 32,000 kali.

Dalam kenyataan di laman Facebook tersebut, turut dikongsikan bukti berbentuk gambar akan bahaya tindakan tersebut, namun tidak diketahui dari mana sumber gambar tersebut.

Kesan terbakar yang berpunca daripada alatan elektronik yang dicas sewaktu tidur

Jabatan bomba tersebut turut mengemukakan statistik bahawa 53% kanak-kanak dan remaja mengecas alatan elektronik mereka sama ada telefon pintar, iPad atau tablet di sebelah bantal atau di bawah bantal mereka. Tindakan ini merupakan idea yang tidak baik untuk dilakukan.

Bahang yang terhasil tidak akan hilang jika proses cas [alatan elektronik] berterusan, dan perkara ini akan menyebabkan pengecas menjadi semakin panas dan akan mendorong kepada berlakunya kejadian kebakaran.

Meskipun tidak dapat dipastikan kekerapan berlakunya kejadian yang tidak diingini ini menerusi tindakan mengecas telefon, langkah berjaga-jaga perlu dilaksanakan.

Kepada para pengguna alatan elektronik, sila pastikan dan memantau tempat barangan elektronik anda atau anak-anak anda dicas.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds