Austin Goddard, 16 tahun baru memulakan pekerjaan sebagai pelayan di Skyline Chili yang terletak di Cincinnati, Ohio pada bulan Jun yang lalu.

Sebagai seorang pelayan, Austin melakukan rutin pekerjaan hariannya seperti mengelap meja dan mencuci pinggan tetapi pada suatu hari, dia telah menyelamatkan nyawa seseorang!

Kredit: Cetakan skrin / WKRC

Pada hari kedua Austin bekerja di restoran tersebut, berlaku satu insiden apabila salah seorang pelanggannya rebah. Pelanggan tersebut yang dikenali sebagai Larry dilihat secara tiba-tiba rebah ketika Austin sedang mengutip pinggan kotor.

Melihatkan keadaan pelanggan tersebut yang memerlukan bantuan perubatan, Austin dengan segera terus memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) kepada Larry sebelum dibawa ke hospital.

Kredit: Cetakan skrin / WKRC

Ternyata, pengetahuan yang dimiliki tentang CPR selain tindakan pantas Austin berjaya membolehkan Larry hidup sehingga ke hari ini. Sebagai tanda penghargaan atas tindakan wira Austin, Larry telah menghantar gambarnya sedang makan kepada Austin.

Kredit: Twitter / Angela Ingram

Peristiwa ini merupakan salah satu contoh terbaik mengapa pendidikan mengenai CPR harus diajar di sekolah. Kongsikan kisah ini kepada rakan-rakan anda!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds