Galeri Foto, Hartanah, INSPIRASI, Pesona

Sangat menakjubkan! 10 jenis rumah yang mengagumkan tetapi sebenarnya tersembunyi dari pandangan umum

Sangat menakjubkan! 10 jenis rumah yang mengagumkan tetapi sebenarnya tersembunyi dari pandangan umum

Adakalanya disebabkan dengan masalah persekitaran ditambah pula dengan bebanan kerja pasti akan membuatkan anda merasakan mahu  ‘melarikan diri’ seketika, keluar daripada situasi yang penuh dengan tekanan itu. Anda perlu untuk bersendirian, bertenang dan berfikir semula untuk mencari solusi dalam setiap masalah yang anda hadapi.

Anda mahu bersendirian? Pelukan tempat yang menenangkan tanpa gangguan? Ayuh, saksikan 10 jenis rumah kediaman yang pasti akan membantu anda mencari ketenangan yang anda perlukan!

10. Dugout House di Texas, USA

© bcarc

Memiliki keluasan 6.5 kaki (2 m) di dalam tanah, rumah ini kelihatan seperti lubang yang digali dari luar. Di dalamnya lengkap dengan segala-galanya untuk kehidupan yang selesa, termasuk dengan kolam kecil di halaman belakang.

9. Banglo di bawah pokok pain di British Columbia, Kanada

© patkau

Perancangan luar biasa dan lumut hijau di bumbung memperlihatkan bagaimana rumah ini terletak di dalam landskap yang begitu indah.

8. Rumah di atas pusat membeli-belah di Hunan, China

© chinajtzy

Pusat membeli-belah ini yang terdapat rumah-rumah di atas bumbungnya terletak di bandar yang berkapaisiti 4 juta orang penduduk. Ini merupakan sebuah idea arkitek yang lain daripada yang lain.

7. Rumah agam Canyon di Utah, Amerika Syarikat

© utahcliffhouse

Rumah ini dibina pada tahun 1986 oleh pasangan suami isteri yang mengimpikan untuk hidup di tempat yang penuh dengan ketenangan.

6. Villa Vals di Vals, Switzerland

© villavals

Antara sebab di sebalik idea pembikinan vila bawah tanah adalah kerana undang-undang tempatan: pihak berkuasa melarang mendirikan bangunan tinggi kerana itu akan merosakkan landskap. Itulah sebabnya arkitek memutuskan untuk membina sebuah rumah di sebuah gua.

5. Rumah tebing  di Coquimbo, Chile

© izquierdolehmann

Rumah yang berbentuk seperti kapal selam ini mempunyai dua tingkat dan  salah satunya adalah di bawah tanah.

4. Chalet tasik di Hordaland, Norway

© snohetta

Matlamat utama projek ini adalah integrasi penuh dengan landskap dan arkitek rumah ini berjaya melakukan yang terbaik untuk menyempurnakannya.

3. Oasis gurun di California, Amerika Syarikat

© kendrickbangskellogg

Rumah pelik ini menyerupai timbunan daun mati yang terletak jauh di padang pasir California.

2. Hotel Mirrorcube di Lapland, Sweden

© treehotel

Dinding luar bangunan ini berhadapan dengan kaca dan ‘diselubungi’ dengan lapisan filem inframerah supaya burung dapat mengesannya sebagai halangan.

1. Penthouse di sebuah batu di Beirut, Lubnan

© archdaily

Pada mulanya, tidak ada yang percaya pada idea sebuah rumah yang dibina di dalam batu, namun projek itu berjaya menarik banyak pelabur berpotensi setelah foto-fotonya dipaparkan di internet. Projek itu akhirnya diambil alih oleh sebuah agensi hartanah di Lebanon.

Bonus: Projek tebing 

© Alex Hogrefe

Walaupun apa yang dikatakan oleh imaginasi anda, ini hanyalah gambar Photoshopped oleh Alex Hogrefe dari VisualizingArchitecture.com.

Dalam 9 cara, dia menerangkan bagaimana dia membuat reka bentuk, memberi perhatian khusus kepada gelombang dan kabus serta lain-lain cara atau kaedah dalam mencipta binaan sehebat ini.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...