Ria, VIDEO

[Video] Si kecil cilik ini tidak memerlukan permainan yang mahal untuk bergembira , sebuku mentega sudah memadai!

[Video] Si kecil cilik ini tidak memerlukan permainan yang mahal untuk bergembira , sebuku mentega sudah memadai!

Seorang ibu mendapati sebuku mentega telah hilang dari peti sejuknya dan apabila disiasat didapati terdapat dua suspek cilik ini yang membawa mentega itu pergi. Ke mana perginya mentega itu?

Sambil berasa marah dan menahan marah dengan kelucuan di dalam hati , ibu ini telah mendapati kedua anak lelakinya sedang bermain dengan mentega di  dalam bilik mandi.

Salah seorang di antaranya dapat dilihat dengan jelas telah berlumuran dengan mentega di atas kepala dan rambutnya dan seorang lagi dengan tapak tangannya dipenuhi dengan apa yang disyaki sebagai mentega juga.

Maka si ibu telah menjalankan sesi soal siasat kepada dua orang suspek cilik ini dengan bertanyakan kepada mereka apa benda di tangan  dan kepala serta rambut mereka itu.

Dengan wajah selamba dan teragak-agak , mereka menjawab “mentega.”

Si ibu bertanya lagi , mengapa ada mentega di rambut dan tangan mereka. Dan ke mana perginya mentega itu.

Salah seorang menjawab , “mentega berada di dalam peti ais.”

Si ibu berkata , ” mentega berada di dalam peti ais dan dari situ kamu dapatkan mentega ini.”

Si ibu bertanya lagi, “kenapa mentega itu berada di atas tangan kamu?”

Si kecil cilik itu menjawab, “untuk membuat pancake.”

Dan si ibu pun berkata, “Oh, jadi kamu tahulah mentega dipakai untuk membuat pancake.

Ibunya bertanya lagi, “Jadi , di mana mentega itu pergi? Di atas lantai? Di atas dinding? Di dalam bilik kamu?”

Si kecil satu lagi yang hanya memakai lampin pakai buang dan berlumuran mentega dirambutnya menjawab , “Mentega di dalam bilik , di atas katil.”

Dan ibunya bertanya , “Jadi, mengapa kamu membasuh rambut kamu dengan mentega? Mari sini ibu tengok rambut kamu. Lihat rambut kamu ini! Itu mentega bukan di atas rambut kamu? “

Ibunya cuba menahan sabar dengan melihat muka comel dan selamba anak-anaknya yang berlumuran mentega itu lalu berkata , “Ibu tidak tahulah bagaimana boleh menghilangkan mentega ini dari rambut kamu. Kena membuat banyak percubaan ini. Dan baguslah begitu!”

Dan anak lelakinya menambah, “Jadi kita kena masuk ke dalam tab mandi dan basuh rambut, muka, tangan dan badan ini ya ibu?”

Saksikan gelagat lucu  dan comel anak-anak  licik dan nakal ini bersama ibunya di bawah:

Era Baru

Kategori:Ria VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...