NASIONAL

Tawaran terhebat! 50% diskaun untuk pembelian tiket LRT, MRT dan monorel

Tawaran terhebat! 50% diskaun untuk pembelian tiket LRT, MRT dan monorel

Bermula 18 Julai, sempena pelancaran MRT Sungai Buloh- Kajang, kerajaan mengumumkan tawaran diskaun 50% bagi pembelian tiket MRT, LRT, Bas Rapid Transit (BRT) dan KTM Monorel.

‘Hadiah’ ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Razak ketika di MRT Stesen Tun Razak Exchange pada 17 Julai.

Lebih menarik, diskaun ini akan berlanjutan hingga 31 Ogos 2017.

Projek mega ini merangkumi 31 stesen daripada Stesen Sungai Buloh hingga ke Kajang dan mempunyai tujuh stesen bawah tanah dengan rekaan artistik.

MRT Corp

Tambang MRT juga bermula pada harga RM 1.10 hingga RM 6.40, bagi kanak-kanak bawah tujuh tahun, tiada caj akan dikenakan.

Tren ini juga mempunyai empat gerabak yang mampu membawa 1,200 penumpang sekali laluan.

Inisiatif ini juga dapat menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Sempena Temasya Sukan Sea yang akan bermula 19 Ogos ini, bagi menonton apa-apa perlawanan di Kuala Lumpur pasti menjadi lebih mudah dan murah dengan pembinaan pelbagai prasarana untuk rakyat.

Tunggu apa lagi? Jom naik MRT, LRT, dan KTM Monorel!

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...