BISNES, Ekonomi, Korporat

Tahukah anda, sebanyak 11 kilang berhenti operasi di Malaysia semenjak dua tahun lalu?

Tahukah anda, sebanyak 11 kilang berhenti operasi di Malaysia semenjak dua tahun lalu?

Di kala ramai berkata ekonomi negara stabil dan sedang meningkat, tetapi sebenarnya banyak syarikat luar negara sudah dan bakal menghentikan operasi.

Perkara ini turut memberi kesan kepada rakyat tempatan kerana kehilangan kerja lebih-lebih lagi peluang pekerjaan yang sedia ada turut terbatas.

Daripada perkhidmatan makanan dan minuman ( food and beverages) hinggalah kepada perkhidmatan perbankan, insurans, dan juga kilang-kilang teknologi.

Terbaru, restoran terkenal daripada Korea, Korean BBQ Chain Bulgogi Brothers, terpaksa menghentikan operasi atas beberapa sebab. Bagi perkhidmatan perbankan, Royal Bank of Scotland (RBS) juga menghentikan operasi selepas 120 tahun bertapak di negara kita.

Kredit: beautifulnara

Bukan itu sahaja, terdapat banyak kilang pembuatan dan teknologi berhenti beroperasi. Mari lihat beberapa kilang yang sudah pun menutup kilangnya semenjak dua tahun lalu.

1. Japan Tobacco International (JTI)

Kredit: yourmiddleeast

Dua bulan lalu, JTI mengumumkan akan menutup kilangnya yang beroperasi di Shah Alam, Selangor, akhir tahun ini. JTI merupakan sebuah kilang yang mengeluarkan bungkusan rokok bagi rokok jenama Mevius, Winston, dan Camel. Alasan penutupan mereka disebabkan oleh keadaan pasaran yang amat mencabar.

Seramai 270 pekerja diberhentikan pekerjaan secara berperingkat.

2. Rubicon Technology Inc

Kredit: m-imajo

Kilang Rubicon merupakan kilang bagi industri pasaran lampu LED. Kilang ini ditutup disebabkan oleh mahu memberi fokus terhadap industri nilam optik. Kilang yang berasal daripada Amerika Syarikat ini akan menghentikan keseluruhan operasinya menjelang akhir tahun 2017.

3. Suzuki Motor Corporation

Kredit: motortrader

Sebuah syarikat terkenal dalam dunia permotoran, turut menutup kilangnya pada tahun 2016 di Prai, Pulau Pinang. Kilang yang memberi fokus terhadap pemasangan komponen-komponen motosikal ditutup atas alasan permintaan yang semakin berkurangan. Sebelum kilang ini ditutup, pihak kilang telah membuat jualan lelong barang-barang kilang.

4. Seagate Technology Plc

Kredit: globalsourcingblog

Kilang membuat cakera padat ditutup di Pulau Pinang pada Julai 2016. Kilang berasal daripada Amerika Syarikat ini terpaksa menghentikan operasi disebabkan oleh kesuraman ekonomi. Penutupan kilang ini bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi juga di Negeri Sembilan yang menyaksikan 3,000 pekerja kehilangan pekerjaan.

5. British American Tobacco

Kredit: kenyanwallstreet

Kilang ini beroperasi di Petaling Jaya dan sudah lama bertapak di negara kita. Disebabkan peningkatan rokok haram dan duti yang tinggi, kilang tembakau ini akan ditutup secara berperingkat secara berperingkat sehingga suku ketiga 2017.

6. Samsung

Kredit: zebulon 

Syarikat terkenal daripada Korea Selatan, juga terpaksa menutup kilangnya yang beroperasi di Negeri Sembilan. Lebih kurang 620 pekerja kehilangan pekerjaan akibat penutupan kilang pengeluar televisyen ini. Samsung menutup kilangnya disebabkan cabaran yang semakin sengit dalam ekonomi.

7. Western Digital Corp

Kredit: stockmarketvideo

Syarikat ini merupakan anak syarikat kepada HGST Technologies Malaysia Sdn Bhd, telahpun ditutup pada Mac 2016. Alasan penutupan ini ialah kerana ingin memberi fokus terhadap pengeluaran cakera padat.  Seramai 450 pekerja terjejas walaupun terdapat berita mengatakan mereka dipindahkan ke anak syarikat lain.

8. Amphenol Corp

Syarikat yang berpusat di Amerika Syarikat ini beroperasi dalam pembuatan alat komunikasi. Pada Oktober 2015, kilangnya di Pulau Pinang telah pun tutup dan menjejaskan seramai 150 pekerja. Produk komunikasi yang semakin menurun menyebabkan kilang ini ditutup.

9. Fairchild Semiconductor International Inc

Kredit: theregister

Merupakan syarikat pengeluar semikonduktor yang telah beroperasi di Penang sejak 1972 telah pun menutup kilangnya pada tahun 2015. Seramai 1,000 pekerja kehilangan pekerjaan. Penutupan ini disebabkan oleh bagi menyelaras semula pembuatan semikonduktor di seluruh dunia.

10. STR Holdings Inc

Kredit: strsolar

Kilang ini ditutup selepas kenaikan kos harga barang akibat daripada GST. Kilang yang beroperasi di Johor ini tutup lalu berpindah ke China dan Sepanyol.

11. SunEdison Semiconductor

Kredit: sltoday

Kilang yang beroperasi di Perak ini ditutup pada akhir tahun 2016. Alasannya adalah bagi meningkatkan kualiti, mengurangkan kos, dan meningkatkan penggunaan. Seramai 650 pekerja kehilangan pekerjaan akibat penutupan ini.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...