Asia, GLOBAL

Sejarah bakal tercipta, hotel dilengkapi hutan tebal di Dubai bakal siap dibina 2018

Sejarah bakal tercipta, hotel dilengkapi hutan tebal di Dubai bakal siap dibina 2018

Dubai, bandar penuh kemewahan di Emiriyah Arab Bersatu sememangnya terkenal dengan bangunan pencakar langit, hotel-hotel mewah, dron teksi, dan penduduk yang kaya raya.

Terbaru, Dubai mencipta sebuah sejarah baharu apabila akan membina sebuah hotel mewah berkonsepkan alam yang dilengkapi dengan hutan buatan manusia.

Wow, boleh rasa tidur seperti dihutan diatas katil empuk dan pendingin hawa!

Hotel yang bakal diuruskan oleh Hilton Worldwide mempunyai keluasan sebanyak 75, 000 persegi. Royal International pula merupakan pemilik bagi projek mega ini.

Menurut CNN, hotel lima bintang ini juga bakal menjadi salah satu hotel pencakar langit di Dubai kerana mempunyai dua menara dengan 57 tingkat setiap satu.

Bakal disiapkan pada tahun 2018, oleh itu anda semua boleh kumpul wang daripada sekarang untuk bercuti dan menginap di hotel ini tahun hadapan.

Konsep hotel ini dikenali sebagai The Rosemont Hotel & Residences Dubai, akan dibangunkan oleh ZAS Architects, sebuah syarikat seni bina daripada Amerika Syarikat.

Sebuah firma daripada Dubai, Keiferle & Partner akan berkolaborasi bagi menjayakan pembinaan hotel berkonsepkan alam flora yang pertama di dunia ini.

Kos binaan adalah melebihi RM 900 juta, merupakan satu angka yang tidak perlu dihairankan kerana dilengkapi dengan 450 bilik tetamu, dewan makan,kolam renang, bilik VIP, spa, gimnasium, bilik-bilik mesyuarat, tempat permainan boling, dan juga tapak permainan kanak-kanak.

Memetik laporan CNN, Armin, Pengarah Urusan dan Arkitek ZAS Architects Dubai berkata, “Hutan ini dilengkapi dengan persekitaran tropika iaitu mempunyai laluan hutan yang mencabar, pantai, air terjun, sungai kecil, dan kafe hutan.”

Pelbagai tumbuhan yang cantik dan jarang ditemui akan ditanam dalam hutan ini supaya para pengunjung tidak akan melupakan segala pengalaman dan kenikmatan bermalam didalamnya.

Hutan ciptaan manusia ini akan dibina daripada tingkat 47 hingga ke tingkat 52.

Apabila bersiar-siar didalam hutan, para pengunjung akan merasai hujan yang dicipta manusia menggunakan alat pengesan.

Tidak sabar rasanya bagi melihat keindahan dan kehebatan hotel ini selepas siap dibina pada tahun depan.

Era Baru

Kategori:Asia GLOBAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...