Aneh, INSPIRASI

Salah pengebumian! Seorang bapa membelanjakan RM 85,780 untuk upacara pengebumian anak lelakinya yang “disangka” meninggal dunia!

Salah pengebumian! Seorang bapa membelanjakan RM 85,780 untuk upacara pengebumian anak lelakinya yang “disangka” meninggal dunia!

Setiap ibubapa mahu melihat anak-anak mereka menjalani kehidupan yang baik sebelum mereka meninggalkan dunia ini. Bak kata mereka, anak yang patut mengebumikan ibubapa dan bukan ibubapa yang mengebumikan anak. Namun, perkara sebaliknya yang berlaku kepada seorang warga emas di California, Amerika Syarikat.

Frank Kerrigan yang berusia 82 tahun menerima berita yang amat menyedihkan apabila mendapat panggilan dari jabatan koroner polis Orange County yang memberitahu anak lelakinya yang berpenyakit mental telah dijumpai mati.

Frank diberitahu oleh salah seorang pegawai polis bahawa Frank M. Kerringan Jr. yang berusia 57 tahun telah dijumpai mati di belakang pasaraya Verizon di Fountain Valley.

Berita yang amat menyedihkan apabila Frank Kerrigan menyangka anak lelakinya Frank M. Kerrigan telah meninggal dunia

Sumber : The OCR

Terkejut dan berasa amat sedih, Frank telah meminta izin pihak koroner untuk membolehkannya melihat dan memastikan yang mayat anak lelakinya telah dijumpai dan disahkan olehnya. Akan tetapi, dia telah diberitahu yang proses itu tidak diperlukan kerana ia telah disahkan melalui pengecaman cap jari.

Dengan berasa keliru dan bertanda-tanya, Frank masih menuntut mayat itu dan membelanjakan 20,000 dolar (RM 85,780.00) untuk menguruskan upacara pengebumian yang agak mewah bagi Frank Jr. Dia dikebumikan di sebelah kubur ketua keluarga sebelah ibunya, Catherine.

Keluarga Kerrigan telah membelanjakan beribu dolar untuk memberikan Frank Jr. sebuah upacara pengebumian yang tertib dan teratur

Sumber : The OCR

Dan tibanya berita yang lebih menyakitkan hati atau gembira untuk dilabelkan oleh Frank. Selepas sebelas hari dari hari pengebumian anak lelakinya itu, Frank mendapat panggilan dari seorang kawannya, Bill Shinker yang memberi kejutan yang lebih besar dalam hidupnya. Bill mengatakan yang Frank Jr. masih hidup dan ada bersamanya.

Di dalam keadaan yang terkejut, Frank meminta Bill menyerahkan telefon kepada anak lelakinya untuk mengesahkan berita itu. Frank Jr. kemudian menyapa bapanya dengan berkata, “Hi , Ayah.”

Selepas mendengar suara yang dikenalinya dengan pasti itu, Frank berasa yakin yang anak lelakinya masih hidup dan masih mundar-mandir dengan kehidupannya sebagai seorang gelandangan.

Frank Jr dan Frank Sr akhirnya bertemu selepas kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak koroner

Sumber : The OCR

Selepas menyedari yang terdapat kesilapan besar dalam perbualannya dengan pegawai koroner pada hari kejadian itu, Frank baru menyedari yang dia telah menerima beg mengandungi barang peribadi Frank Jr. yang salah.

Anak lelakinya selalu membawa beg bimbit berwarna hitam dan bukan berwarna biru semasa ia diserahkan dengan berita buruk yang diterimanya. Pen dan jam kegemarannya juga telah hilang.

Selepas beberapa siasatan dilakukan, Frank mendapat tahu yang cap jari mayat yang dijumpai dan diperiksa oleh jabatan koroner itu tidak sama dengan rekod dari pangkalan data pihak berkuasa.

Dengan ahli keluarga Frank Kerrigan menjadi lebih keliru bagaimana pihak jabatan koroner boleh melakukan satu kesilapan yang besar,  mereka telah menghubungi pihak berkuasa tempatan dan telah menemui Frank Jr. yang masih hidup.

Walaupun keluarga Kerrigan berasa gembira kerana menerima berita yang Frank Jr. masih hidup, pada masa yang sama mereka juga bersedih dengan trauma yang terpaksa mereka lalui mendengar berita kematian Frank Jr. dengan kesilapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Adik perempuan Frank Jr, Carole Meikle menerangkan bagaimana mereka menghadapi hari dengan ketakutan dan kesedihan akan kehilangan ahli keluarga.

Dia menambah, apa yang mereka rasakan ketika mendengar berita abangnya telah ditemui mati  dan mengebumikannya adalah detik yang tidak dapat dilupakan.

Pihak jabatan koroner Orange County, California masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dengan kesilapan yang telah mereka lakukan.

Dalam waktu yang sama, keluarga Kerrigan telah merancang untuk memfailkan aduan tentang kesilapan tersebut. Hak sivil Frank Jr. telah dicabuli apabila jabatan koroner Orange County telah gagal mengambil langkah yang lengkap dan teratur dalam melakukan proses pengecaman mayat dengan cara yang betul.

Kini, keluarga Kerrigan berasa gembira yang mereka masih sebagai satu keluarga yang tidak kehilangan ahli. Mereka berjanji akan mengambil langkah yang perlu dalam memastikan kehidupan dan kesihatan kedua Frank muda dan tua ini berada dalam keadaan yang baik.

Frank M. Kerrigan kini kembali ke pangkuan keluarga

Sumber : The OCR

Era Baru

Kategori:Aneh INSPIRASI

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...