INSPIRASI, Pesona

Saat menyentuh hati! Pengantin wanita ini dikejutkan dengan kehadiran lelaki yang menerima jantung anak lelakinya

Saat menyentuh hati! Pengantin wanita ini dikejutkan dengan kehadiran lelaki yang menerima jantung anak lelakinya

Anak lelaki Becky Green telah tiada di dunia ini tetapi dia telah memberikan peluang kehidupan kepada yang lain.

Menghadapi pengalaman kehilangan anak tersayang adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Anak-anak sepatutnya meninggal dunia selepas ibubapa tetapi tiada siapa yang boleh melawan takdir Yang Maha Esa.

Seorang ibu mengalami pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila dia telah disatukan dengan anak lelakinya yang telah meninggal dunia di hari perkahwinannya dengan satu upacara yang indah dan penuh kejutan.

Becky Green yang berasal dari Wasilla, Alaska telah kehilangan anak lelakinya, Triston pada tahun 2015 ketika umur anaknya itu baru mencapai 19 tahun.

Semasa upacara perkahwinannya, suaminya Kelly Turney mahukan mendiang anaknya itu berada bersama dengan mereka sebagai sebahagian daripada perkahwinan itu sedekat yang mungkin.

Sumber : Love Adventured

Seorang jurufoto bernama Amber dari Love Adventured yang merakamkan saat manis itu menulis di dalam Facebooknya, ” Saya tahu akan kejutan ini dan tiada siapa yang bersedia dengan memori indah ini. Saya bertemu dengan seorang lelaki bernama Jacob Kilby semalam yang masih hidup dengan jantung yang didermakan oleh anak lelaki pengantin perempuan yang bernama Triston. Oleh kerana Triston tidak dapat bersama dengan ibunya yang akan berkahwin, keluarganya memastikan yang jantungnya berada bersama mereka.

Amber menulis lagi, “Pengantin lelaki Kelly Turney memberi kejutan kepada Becky dengan menerbangkan Jacob ke Alaska untuk berdiri di sebelah Kelly sebagai pengapit yang membawa jantung Triston. Kelly memberhentikan upacara perkahwinan itu seketika dengan memperkenalkan Jacob kepada Becky untuk pertama kalinya.”

Sumber : Love Adventured

Menurut dari sumber The Surf Channel, Jacob telah dilahirkan dengan Sindrom Jantung Kiri Hypoplastic, di mana jantungnya di sebelah kiri tidak dapat berfungsi dengan sempurna apabila darah tidak mengalir melalui jantung di bahagian itu.

Jacob menjalani 4 pembedahan jantung yang gagal sehingga usianya 2 tahun. Nasibnya baik kerana telah berjaya melakukan pemindahan jantung ketika usianya meningkat dewasa, tetapi jantungnya itu mulai lemah.

Sumber : Love Adventured

Pada tahun 2014, Jacob disenaraikan kembali di dalam senarai penerima organ jantung yang baru dan kali ini dia menerimanya dari Triston pada tahun 2015.

Menurut Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat, seramai 20 orang meninggal dunia setiap hari ketika menunggu giliran menerima organ dari penderma.

Terdapat kira-kira 119,ooo orang yang sedang menunggu  organ baru  mereka di seluruh negara. Seorang penderma mempunyai potensi untuk menyelamatkan sehingga lapan nyawa.

Sumber : Love Adventured

Amber menulis lagi, “Saya amat bertuah mendengar kata-kata Jacob kepada kakak Triston sebelum upacara itu yang dia sangat bersyukur dan bertuah serta merancang memastikan hidupnya sentiasa sihat bersama jantung Triston. Apa lagi yang dimahukan oleh penerima selain organ itu sudah merupakan hadiah yang sangat bermakna.”

Menurut kata-kata dalam ucapan takziahnya, Triston telah mendermakan hadiah kehidupan kepada 5 orang asing yang tidak dikenalinya melalui pendermaan organ tersebut.

Tidak hairanlah kepada semua yang mengenalinya mengatakan yang Triston adalah sahabat baik mereka. Pada pagi kejadian, 5 orang telah menerima sahabat baik yang baru.

Sumber : Love Adventured

Ibu saudara Becky bernama Rose Beebe telah menulis kepada Amber apabila melihat foto-foto menyentuh hati itu, dengan berkata “Saya fikir anda telah merakamkan satu saat yang istimewa untuk Becky dan kehidupan yang dilalui oleh Becky dan Jacob adalah saat paling indah yang dapat saya saksikan. Walaupun saya tidak dapat menghadiri upacara perkahwinan itu, saya dapat menyaksikan ia sendiri dengan mata ini dan merasai seperti berada di sana. Terima kasih kerana telah menyumbang menjadikan ia sebagai satu rakaman saat indah bagi keluarga kami merasai perasaan gembira yang menyentuh hati ini.”

Kemudian Becky Turney menuliskan kata-kata penghargaannya di dalam Facebook kepada semua yang telah menjayakan hari bahagianya itu semeriah yang mungkin dan tidak dapat dilupakan.

Di dalamnya, dia berterima kasih kepada Jacob yang ‘menyerahkannya satu hadiah yang paling terbaik dan satu kejutan hebat yang tidak dapat dilupakan!’

Sumber : Love Adventured

Kata Becky, terima kasih kerana menjaga jantung Triston dengan baik. Terima kasih kerana berada bersamanya ketika meraikan hari bahagianya. Dan terima kasih untuk segalanya!

 Sumber foto: Love Adventured

Era Baru

Kategori:INSPIRASI Pesona

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...