INSPIRASI, VIDEO

Mesin taip kod rahsia tentera Nazi dibeli di pasar lambak dengan harga RM493 dan dijual dengan harga 500 kali ganda!

Mesin taip kod rahsia tentera Nazi dibeli di pasar lambak dengan harga RM493 dan dijual dengan harga 500 kali ganda!

Bagi para peminat barangan antik, letaklah apa-apa harga sekalipun pasti akan dibeli oleh mereka.

Barangan antik sentiasa mempunyai nilai seni yang tinggi, bersejarah, dan mampu mengimbau nostalgia kepada para peminatnya.

Baru-baru ini, dalam satu majlis lelongan barangan antik di Bucharest, Romania, sebuah mesin taip ketika Zaman Nazi telah dilelong.

Mesin taip ini bukan seperti mesin taip yang biasa kerana mesin taip ini digunakan bagi menulis kod rahsia tentera Nazi ketika Perang Dunia Kedua.

Dikenali sebagai German Wehrmacht Enigma 1, seorang profesor telah membeli dengan harga RM 221,748.

Menurut Pengurus Artmark, Cristian Gavrila, “Beliau adalah seorang profesor kriptografi dan amat mengetahui nilai barang yang dibelinya.”

Pada awalnya, mesin penuh nilai sejarah ini telah dibeli di sebuah pasar lambak dengan harga RM493 tetapi dijual semula kepada Artmark, sebuah firma lelongan dengan harga permulaan RM 44,249.

Beberapa pakar sejarah mengatakan, Romania memiliki lebih banyak mesin taip kriptografi yang digunakan ketika zaman perang tetapi gagal ditemui.

Hal ini demikian, Romania pernah menjadi sekutu tentera Nazi di Jerman sehingga 1944 dan kemudian telah beralih arah kepada tentera bersekutu.

Mesin Taip Enigma digunakan bagi mentafsirkan kod dan menulis kod pesanan atau mesej yang dihantar oleh cawangan-cawangan tentera Nazi.

Memetik laporan Reuters, seorang pakar matematik daripada Britain, Alan Turing dan pasukannya telah berjaya mentafsirkan kod yang dihantar tentera Nazi ketika itu.

Usaha mereka ini berjaya menamatkan perang selama dua tahun.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...